head

Nuffy

Saturday, April 14, 2012

Battleship bengang betul aku

Hari ni macam biasa, tak ada aktiviti yang penting, aku pun join lah group budak-budak praktikal aku tengok wayang kat Alamanda. Tengah syok-syok nak layan Battleship baru nak start, tiba-tiba lalu la pulak mamat dua orang depan aku sebab diorang masuk lambat tapi tak kisah la, masuk lambat tu memang ramai yang buat, nak marah pun tak guna.

Tapi yang aku bengang sangat masa tengok Battleship ni, boleh la pulak dia main teka-teka dengan member dia yang sama-sama masuk lambat. Kejap-kejap keluar suara "Aku rasa nanti kapal dia kena bom", "Kan aku dah cakap". " Benda tu makhluk asing ker?" " Nanti mesti ada orang tolong"...Where The Fish?

Aku yang memang tengah sedap-sedap layan citer tu tiba-tiba dengar diorang bersembang lak, potong stim betul. Kalau slow aku tak kisah ini kuat2. Adoiii...malang betul la aku hari ni. Tentang movie aku rasa memang terbaik dan sangat melayan tapi situasi tadi membuatkan aku sedikit ralat.Kalau masuk awal mesti diorang dapat tengok teguran-teguran tentang salah laku sebelum wayang start.

p/s:Orang dah ramai buat review dan dah bagi rate, bagi aku tak menyesal kalau korang tengok kat wayang. Nak download lagi la tak menyesal(itupun kalau dah keluar).

3 comments:

old_trafford said...

Lama betul x pegi tngok kat wayang.. tengok movie depan pc je..

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Ramai kata best! Tapi tak sempat lagi nak layan.

Sebab tu saya suka pilih waktu tengahari weekdays nak layan wayang. Confirm lengang. Hehe. :p

black_mel said...

@Old trafford:haha..aku pun memang suka download jer tapi dalam sebulan or dua bulan sekali saja tengok wayang lepak2 dengan member..

@FarhanaDr:haha..tengok tgh hari x feel ;)