head

Nuffy

Wednesday, March 28, 2012

Im Tired..Enough..

Almost 2 month i keep trying and searching job and i already tired. Enough, i am thinking to give up but(Aku kalau sedih mesti mengarut dalam broken english).

Aku tak tahu nak cakap macam mana.Aku rasa dah nak giveup bila aku dah penat cari kerja. Hampir 2 bulan aku menganggur dan aku tahu,mak bapak aku pun dah tak senang nak tengok aku dok lepak kat umah.Tapi nak buat macam mana?Aku dah berusaha..Hampir 50 pekerjaan aku pilih kat jobstreet,jobsentral belum termasuk melalui paper.Tapi bila aku datang interview "err..kami tak memerlukan student degree,kami cuma perlukan student diploma ataupun sijil" What??Adalah 2 company yang cakap macam tu.

Aku takde tempat mengeluh, tiba2 aku teringat sahabat aku kat penang.Dialah bagi aku semangat..Aku ingat lagi kata-kata dia "Bro,ko ingat tak masa aku grad dulu..dalam tempoh sebulan aku kerja kilang 5 kali aku berenti nasib kilang last aku tahan 6 bulan" "Sekarang aku dapat kerja kastam.7 bulan aku kerja operator dan kerani store." "6 bulan bro baru aku dapat guna diploma aku".

Nampaknya aku terpaksa bekerja di bidang yang aku pakar.Aku simpan sekejap degree aku.Aku harap parents aku mengerti. Mungkin rezeki aku bukan dalam bidang IT tapi dalam bidang retail. Aku tau diorang tak setuju sekarang ni bila aku cakap nak keja pasaraya balik.Tapi bagi aku kerja sementara sebelum aku dapat kerja lain.

4 comments:

Langit Pertama said...

Kalo ko mmpu wat free lance job kecik2 try la... At least ko leh sntiasa polish skill tu...

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Sabar la, aku pun PTPTN tak bayar lagi, dah 6 tahun beb dok saja. Tahun ni aku ingat nk minta keja guna SPM atau STPM.

Paragass said...

baru 2 bulan tanam anggur. aku pun tak rasa lagi anggur hang tu.. tanam la lagi 4 bulan bro... =D

black_mel said...

Langit Pertama :insyaAllah..nnti aku try cari projek kecik2..thnx..

Iza Teratak Usang:wasalam..haha..aku pun x bayar lagi...kena start bayar..nnti x bole melancong..

Paragass:haha...ok..nnti dh bole petik aku bgtau..haha..