head

Nuffy

Friday, December 30, 2011

Maharaja Lawak Mega Osbon Juara

Malam ini penentu Juara Maharaja Lawak Mega akan melabuhkan tirai malam ini, semua persoalan akan terjawab.Kalau diikutkan sokongan di facebook,rata-rata akan mengatakan juara Maharaja Lawak Mega diantara Osbon dan Boboi.Tapi perlu diingat,setiap kumpulan ada kelebihan tersendiri.


Kumpulan Osbon-Kumpulan vateran dan lawak mereka dekat dihati penonton.Kelebihan kumpulan ini,adalah kepetahan Abon yang petah berkata-kata dan berkebolehan berpantun merupakan satu aset.Cuma kekurangan kumpulan ini ada yang berpendapat hanya Abon yang lawak dan Os cuma menumpang.Tapi bagi aku,keserasian itu penting dan aku nampak dalam kumpulan ini.

Kumpulan Boboi-Kumpulan ini bagi aku diorang ada idea yang genius.Tak dapat dinafikan idea kumpulan ini seringkali membuatkan penonton ketawa tetapi mungkinkah komen Afdlin Shauki tentang Kelantangan Chef Wan menjadi talian hayat yang membantu mereka menjadi Juara atau menjadi tali gantung yang menjerut leher sendiri?Sama-sama kita saksikan malam ini.


Kumpulan Syok-Harapan menjadi juara agak tipis tapi tak mustahil kerana setiap kumpulan berppeluang menjadi juara dan pertandingan ini bukan hanya melibatkan Osbon ataupun Boboi.Tapi yang menjadi persoalan,siapakah penyokong setia kumpulan ini.Mampukah lawak kumpulan ini memancing pengundi Singapura dan Malaysia atau mampukah lelaki hidung belang yang terpesona dengan kemontokkan Ifa Raziah memberi saingan kepada kumpulan lain?Persoalan akan terjawab malam ini.

Kumpulan Saehu-Memerlukan magis atau miracle untuk membolehkan mereka menjadi juara.Lawak mereka berdaya saing cuma kadang-kadang bahasa yang digunakan sukar difahami penonton dari Malaysia.Undian orang Indonesia di Malaysia mungkin satu kelebihan bagi kumpulan ini dan belum dicampur peminat setia kumpulan ini di Malaysia.

Kesimpulannya setiap kumpulan mempunyai kelebihan dan kekurangan.Lawak malam ini akan jadi penentu siapa yang bakal menjuarai Maharaja Lawak Mega ini dan mampukah komen Chef Wan mempengaruhi undian penonton?Semuanya akan terjawab malam ini di Astro Warna Saluran 132.

p/s:Kredit to Murai.Com.My dan Astro untuk pic kat atas.

p/s:Kejutan?Ada kaitan dengan imuniti yang tak digunakan?

p/s:Pilihan Black Mel:
1)Osbon
2)Boboi
3)Saehu
4)Syok
5)Who knows...

UPDATE:OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA MENANG RM350,000,BOBOI KEDUA DAN SAEHU KETIGA

No comments: