head

Nuffy

Monday, November 7, 2011

Jangan Paksa Orang Menyayangi Kita

Apa jiwang sangat tajuk ni?Pffft..Sebenarnya hari ini aku ada masa lapang sikit, so baru ada peluang nak menulis tentang "Cinta". Banyak ungkapan yang kita biasa dengar macam "Perigi Cari Timba","Bertepuk amai-amai sebelah tangan","Cinta tak boleh dipaksa" dan macam-macam lagi.Bagi aku ungkapan ini kebanyakkannya dicipta supaya kita boleh terima kenyataan.

Untuk pengetahuan orang-orang perempuan,orang lelaki ada beberapa soalan yang dia tak akan jawab sekiranya jawapan itu memerlukan seseorang lelaki itu berkata TIDAK.Soalan ni sekiranya lelaki tu belum bercinta dengan perempuan tu lebih baik jangan tanya.

Awak sayang saya tak?Soalan ni,aku pun memang tak akan jawab kalau aku tak bercinta dengan perempuan tu lagi. Tak mustahil hubungan kawan yang dah terjalin 1-2 tahun akan rengang sebab nak elakkan si gadis ni salah paham.Yang paling penting "Tolong Jangan Tanya Soalan Ni Banyak Kali".

Tapi susah nak cakap jugak sebab member aku ada cakap.Perempuan ni sangat complicated.Bila kita tunjukkan caring dan layanan terlalu baik kat seorang gadis tu,gadis tu akan rasa kita menyukai dia sedangkan bagi orang lelaki,kami anggap layanan itu normal untuk dilakukan kepada seorang insan yang bergelar sahabat.Aku pun tak tau fakta ni betul ker tak sebab hanya perempuan yang mampu menilai.

Bagi aku, aku sangat menghormati dan menghargai wanita dan wanita juga perlu ada sifat menjaga maruah diri supaya dihormati lelaki.Tak kisah kalau orang kata jual mahal ker berlagak sebab wanita perlu ada sifat ini supaya dihormati dan dihargai.


p/s:Better orang gelar jual mahal dari perempuan murah.

10 comments:

wachak said...

Perempuan sekarang lebih berani meluahkan perasaan dorang. maklum ler lelaki lebih kurang dari perempuan mengikut statistik .. he33


- selamat menyambut eidul adha mel

black_mel said...

haha..yup2..zaman skrng..;)

-selamat hari raya qurban jugak cak..

syafiqa said...

okay.yg pasti aku bukan jenis mcm tu.
kehkeh.hg buat baik lagu mana,aku xpikiaq lain lah.semua kawan ja.

tp,perempuan lain mungkin kot.depa ni cepat tafsir lain.dah tu nanti kecewa sendiri.hik.

black_mel said...

haha..laki sama laki sng..kita layan baik2 pun xpa..tp ppuan ni complicated..so aku pun xtau cara layanan yg betul..kalau aku wat layan mcm membe2 laki nnti depa kata x gentle..hehe..(cakap utara lak kat sini)..hehe..

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Saya mesra dan rapat dengan ramai orang. Sampai mungkin ada yang salah dan silap mentafsir. But for me, cinta hati perasaan satu benda yang kompleks yang bila tiba masa dia, then baru boleh 'click'. Jadi selagi sesuatu tu belum lagi 'click' dan nak terjadi, kita tak boleh paksa apa-apa.

Untuk point yang perempuan cepat terasa lelaki sukakan dia bila lelaki tu caring terlebih, tu memang saya akui. Dulu zaman muda mudi selalu ada perasaan camtu. Tapi dah dewasa dan makan garam lebih sikit, kita sedar, lelaki dan perempuan boleh jadi sahabat yang baik, yang boleh kita care, yang kita ambil berat tapi that's all, kita stay hanya sebagai sahabat. Dan saya ada ramai sahabat seperti itu.

Sebab pengalaman banyak mengajar kita. Dan hati kita, kita dan DIA saja yang tahu. :)

IxoR@ said...

perempuan kalau meluahkan rasa cinta mmg beremosi....

hahahaha...

black_mel said...

FarhanaDr:yup..btul..belajar dari pengalaman itu penting...

black_mel said...

IxoR@:haha..nk wat cmner..tp mybe x semua kot..huhu..

BENA said...

agaknya kite pun macam ni la kot . tu dulu. last2 kecewa sesorang. HAHAHAHAHA ;)


rindu la blackmel. sebab dah lame tak komen2 macam duluuu. hihihi ;)

miss nina said...

saya berharap tidak disoal sebegini banyak kali, boleh rimas jadinya.
apapun, bersahabat pun boleh buat kita nampak serasi.