Eksyen jer tajuk BI,entry aku tetap aku guna Bahasa Melayu jugak.Ok,sekarang bermula kembali aktiviti berblogging dimasa lapang.
Seperti yang aku tulis sebelum-sebelum ni, aku praktikal department IT dan secara tak langsung akan menawarkan perkhidmatan atau dalam bahasa orang puteh "services" kepada pengguna. Macam biasalah kalau setakat kena maki tu dah jadi asam garam la masyarakat kita ni semata-mata nak tunjuk diorang ada kuasa.
Aku tak ambik port pun sebab aku malas nak serabutkan kepala otak aku yang memori dah nak full ni. Selalu kalau kena maki hari ni, esok aku dah tak pikir dah.Tapi satu perkataan yang akan buat aku senyum sepanjang hari bila end user ucapkan perkataan "Thank you","Terima kasih" ataupun "Arigato Gozaimasu"(macam 3 perkataan ni).
Tapi kat sini aku nak bagitau, walaupun aku kerja penat dan sakit kepala untuk memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah end user ni, bila ada yang ungkapkan perkataan Terima Kasih tu dan mampu membuatkan aku tersenyum sepanjang hari. Terasa penat lelah aku dihargai.
p/s:Hari ni ada 2 org boss besar ucapkan terima kasih kat aku dan dengan bangganya aku nak cakap salah seorang daripada 2 orang tu orang Melayu kita.Aku suka orang berbudi bahasa.
p/s:Yott kalau termasuk kat sini bole tak bagi link..dah lama x berblogging dh lupa link..
6 comments:
Assalam...
Budi bahasa budaya kita dan bahasa melambangkan bangsa...
Lama aku tak singgah sini.harap tuan blog sihat selalu..
Saya pulak suka orang senyum.. Walaupun strangers.. :D
Iza:thnx..sihat...
FarhanaDr:yup2..senyum pun ok jgk..tp sebut tq lagi ok..xD
terima kasih ada entry baru ... ha33
sama2 cak..haha..
Kena praktikkan selalu ucap terima kasih.....
Berbudi bahasa lah kite.....
Post a Comment