head

Nuffy

Friday, September 9, 2011

Tulisan Dah Besar Selepas Dimarahi

Selepas dimarahi dua blogger otai dan senior,aku pun terpaksa menukar font tulisan aku secara tak rela.Haha..ok..aku bergurau jer.Sebenarnya aku pun tak sedar font aku agak kecik kalau banding dengan blog orang lain sehingga menyusahkan orang lain nak baca dan terima kasih kepada miss gee pemilik blog "Together As One" dan jugak Wachak pemilik blog "Republic guaOtai" atas teguran anda berdua.

Lama dah aku tak melawat blog rakan-rakan.Maklumlah,tuan rumah aku kedekut.Sewa bilik mahal tapi streamyx 1max jer terpaksa share dengan 11 orang.Dah la ramai kaki download, memang berjanggut la aku tunggu nak bukak blog sorang-sorang.Bulan 1 aku abis praktikal memang aku masukkan unifi untuk rumah aku.So buat masa ni terpaksalah bersabar..

p/s:Hari Jumaat ramai pulak yang pakai tudung dan baju kurung kat tempat kerja aku.Kalau ada yang terlupa,aku nak bagitau sikit ni,hari lain pun boleh jer pakai baju kurung dan tudung.Bukannya jadi kesalahan pun kalau pakai hari-hari lain.



3 comments:

missgee said...

Owhhh!!Dah tukar..
Kasi "Double Thumbs Up"..
Caya laaaa (^.^)

h4ni3 said...

haa.. orang rabun pun boleh baca :))

FarhanaDr said...

Kalau hari-hari nak blogwalking, tak tau laa panjang mana dah janggut tu.. Hehe.. :p