head

Nuffy

Wednesday, April 20, 2011

E-Mail 1 Malaysia Siapa Nak?

Ok,tak perlu korang angkat tangan sebab semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan dapat email ni secara PERCUMA.See?Kerajaan prihatin.
Tujuan?
Korang baca petikan berita harian ni jap.

PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam. 

Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan. 

“E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan dihantar terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG, beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil, manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan.


Ok, ramai yang mempersoalkan keperluan tentang email ni, tapi bagi aku ianya tak salah sebab penting untuk mengetahui apa-apa maklumat daripada kerajaan CUMA, aku rasa disamping kita diberikan email percuma, kan lebih elok kalau mutu perkhidmatan internet atau jalur lebar kita ini diperbaiki dan dipertingkatkan. Ada juga aku baca cadang orang ramai supaya rangkaian WIFI percuma diberikan diseluruh negara cuma benda ni macam kalau boleh berlaku pun lambat lagi mungkin...

Persoalan untuk anda:

1)Sapa ada lebih daripada 2 email?
2)Sapa ada email yang tak pernah bukak sejak 2 bulan yang lepas?

Aku ada 5 termasuk email PERCUMA pemberian universiti aku.
Sila tambah koleksi email anda lagi 1 bermula bulan Julai ni,tapi untuk 18 TAHUN KE ATAS sahaja...Hahaha...siapa cakap orang tua tak untung?Nasib baik aku 18 tahun 1 bulan(tipu)...

p/s:Kos dikatakan bernilai 50 juta,server mahal ni harap-harap takda spam mail dah lepas nie.

11 comments:

wachak said...

Dah ada empat email. satu jer yg aktive. yg tiga lagi tu penuh dah dengan spam ... hu33

www.dunialandax.com said...

membazir! 50M for an idiot email?Free Email? 50M tu duit rakyat ok~

missgee said...

owhhh!!
Saya di antara orang tua
beruntung itu.. Bangga!!! :P

P/s: Sampai Email pun di 1malaysiakan.. uhuk..uhuk..uhuk

juanghidup said...

pembaziran. bgus bg aku duit tu. ble aku tlng buatkan kontrak buat jalanraya kat sabah yg mc bnyk x bturap.

man yusoef said...

tau takpe..sedangkan ada 2 email tu pon jarang bukak...rasanya lagi baik kalau di upgrade coverage tenet kat Malaysia ni...ni tak, byr mahal, tapi coverage tenet cam hampeh...hidup segan, mati tak mau...HAHAHA

Nur Suaidah Bachok said...

erk! sorry taknak pun. haha! email yang ada pun tak terjaga :D

lagipun comfirm lembab~

fiezah91 said...

hahaha..dah banyak sangat email sampai dah tak hapal pun email yg ada..kehkehkeh

qellissa said...

ok, saya x boleh dapat email tu coz saya baru 17 tahun 11 bulan..hihihi( pon tipu jugak)

Unknown said...

hmm..sokong yg luaskan jalur lebar...huhuhu... klo yg email ni, lagi ramai yg prefer free email..kn? dn org dah trbiase gne yahoo.. or gmail..

Iza said...

Assalam..
Aku ada 3 email aktif dan 1 tak aktif. Oleh kerana google nk kita gunakan gmail utk sign in blog, aku nak kena buat lagi email...hahaha..

IxoR@ said...

pening la ada banyak2 email...

pasword mesti lupa punya....