Korang pernah naik tak bas buruk yang tak ada air-cond,tingkap pun pakai slide.Bila bas brake mengejut jer tingkap bas tu tertutup dan disebabkan enjin dah buruk terpaksa bawak perlahan macam kura-kura?Macam mana pulak dengan bas yang ada air-cond,kerusi baru dan tahap kelajuan pun agak memuaskan.
Mesti korang pernah naik kedua-dua jenis bas tersebut kan.Kat perenggan atas tu aku dah listkan perbezaan bas tersebut secara tak sengaja,tapi korang tau tak,walaupun bas tersebut berbeza dari pelbagai aspek dan kondisi,terdapat persamaan yang membuatkan aku terasa nak bakar jer bas lama tersebut.
Persamaan yang tak dapat dinafikan lagi adalah walaupun bas itu bas buruk,tambang bas yang dikenakan sama seperti korang naik bas baru dan disebabkan bas buruk itu yang bawak perlahan-lahan,aku dah terlepas naik bas ke Kuala Lumpur.Biasa kalau bertolak dari pekan Parit Raja menuju ke Hentian Bas Batu Pahat mengambil masa diantara 20-35 minit,tapi bas buruk tu bawak dekat 1 jam baru sampai.Sia-sia tiket bas aku yang berharga RM25.
Kalau bas dah lebih 15-20 tahun tu,tak payah la guna, memang nampak usang tahap cipan.Aku naik bas tu pun gerun sebab dah nampak macam bas berhantu.Tapi apakan daya,aku tak ada pilihan.dem u..
p/s:Dengan ini sepanjang pengajian aku di Batu Pahat tercinta selama 4 tahun ini,buat julung-julung kalinya aku ditinggalkan bas yang menuju ke Kuala Lumpur...
6 comments:
Ouhh.. Pernah sgt2! Tapi xde la tahap buruk nmpk mcm berhantu tu. Tapi kira buruk jugak laa.. Naik bukit dekat Grik pun boleh berundur bas tu. Huhu.. Biasa dari Perlis sampai KT pukul 6 pagi, tapi disebabkan bas itu pukul 10 pagi baru sampai..
hehe..nampak macam bas berhantu tu teruk dan buruk ya amat dah.. hehe..lain kali, sila la cari bas yang baru dan selesa sbb tambang yg dikenakan mmg sama..hehe
Amboi, marah benar nmpak...
Kat Kuantan n pun ada gak bas buruk gitu..
Namanya BAS SIHAT... tp secara ketaranya langsung tidak sihat...
LANGIT PERTAMA,bas sihat tu warna merah putih ek.. mmg tak sihat !
aku simpati dengan ko. ko suh la depa bayar ganti rugi harga tiket ko ke kl tu..tgk apa mereka ckp
Takpe itu pengalaman namanya..
Dapat gak rasa macam mana
perasaan kena tinggal bas..
P/s: Lepas nie jgn naik bas buruk lagi :)
Assalam..
Kalau tak ada yg buruk, tak ada la yg baru...
Post a Comment