head

Nuffy

Tuesday, April 19, 2011

Tetiba Jer Aku Nak Bagi Servis Kuda Kat Adik Aku


Entry kali ni aku nak mintak tolong daripada pakar-pakar psychology,pakar-pakar kaunseling dan pakar-pakar service kuda.

Seperti yang korang tau,aku baru jer balik umah aku minggu study week ni nak rehat-rehatkan minda dan nak study maut kat sini.Lepas lepak sehari dua, sebagai anak yang baik, aku pun teman mak aku pegi market nak beli barang-barang keperluan harian.Pastu dalam kereta,tiba-tiba mak aku cakap "tolong nasihatkan adik-adik ko yang nak exam upsr ngan spm tu.", Aku pun hairan, apasal pulak?So,mak aku pun cakap,masa dia suruh adik-adik aku ni belajar sebab nak exam,korang tau apa jawapan diorang?


Adik aku yang UPSR jawab:Ibu,sebenarnya adi(bukan nama sebenar) dah pikir jauh dah pasal benda ni, kalau kita belajar pandai-pandai pun,belajar rajin-rajin pun, tetap akan mati jugak kan?Sama jer la dengan orang tak belajar.(disebabkan dia pandai sangat menjawab,result exam dia semua D)

Adik aku yang SPM pulak jawab:Ibu,kalau semua orang anak ibu masuk universiti,sapa nak jaga ibu dengan abah?Lagi satu,kalau semua orang nak jadi doktor,peguam,bos siapa nak sapu sampah kat jalan tu?

Ada tak sesiapa yang bole bagi cadangan macam mana aku nak bagi kaunseling kat adik aku dua orang ni?Selalu kalau aku bagi kaunseling,2,3 sebatan memang diorang pegang buku dah lepas tu.Adik aku yang UPSR tu teruk sangat..Masa mak aku jumpa cikgu dia,cikgu tu tak sangka adik aku dapat semua D dalam subjek dia sebab selalunya,kalau soalan soal jawab dalam kelas,memang adik aku jer yang jawab.So,cikgu tu buat conclusion adik aku ni malas nak baca soalan.

p/s;Gambar google

9 comments:

wachak said...

Bebudak sekarang ni kena main saikology tapi bab2 saikology ni lah yg wa fail ... ha33

www.dunialandax.com said...

alamak~landax tak pernah ada adik~ngahaha


p/s:abang landax garang giler babish punya! + dia tag team ngan ayah landax,so,alhamdulillah,ada la jadi orang sikit~hahaha

http://www.dunialandax.com/

Asma said...

UPSR: Mmg la seme org mati... Tp sebelom mati awak akan menderita dlm dunia ni.. Ramai org jahat yg akan muncul dan mempergunakan awak, mempergunakan otak awak dan mempergunakan tenaga awak serta duit awak... Tanpa ilmu macammana awak survive berhadapan ngn org camni....

SPM: Elok gak awak sapu sampah kat jalan.. Sambil2 sapu sampah leh kutip2 duit kalo2 terjumpa... nnti kalo ko tak dan nk kumpul duit nk kawen, jgn menyesal tak blaja rajin2 dulu...

black_mel said...

wachak:haha..aku pun fail..nk ckp baik2,renung mata,pujuk elok2..haha..mmg bukan aku la tu..hehe..xpe2..thnx...

encHIx laNDax :benda tu berguna jgk..sbb mybe bapak aku dh agak berumur..so dia x garang mcm dulu..sbb tu adik aku tak takut..

Langit Pertama:cara terbaik..tp kalau main dgn kata2 ni..bahaya sikit langit..takut dia terasa lak nanti..

juanghidup said...

bagi jak dia terasa. klu tak terasa, smpai bila nk berubh? klu yg upsr x apa la. yg spm tu. ish3...

black_mel said...

juanghidup :hurm..nnti aku try JH..spm lagi brapa bulan ja..T.T

Sharinginfoz said...

bagus betul jawapannya, budak2 zaman sekarang

cik chinta said...

jawapan adik awak yg upsr tu kan, macam la jawapan dalam cite episode nir kasih..hishh...akibat byk menonton tv la ni

NAJ HEBAT said...

memang berfikiran jauh la adik kau.

bagus lah tu, dr adik2 aku, tak pikir langsung masa depan..

hahhhhh