head

Nuffy

Tuesday, April 12, 2011

Aku Bukan Seorang Kawan Yang Baik

Macam yang pernah aku cakap,aku pernah kerja kat pasaraya giant tahun 2008 sebelum aku sambung belajar kat kolej aku sekarang ni dan baru-baru ni, aku diberi tugasan kena kaji network sesebuah organisasi. Mulanya,group aku dah kaji sebuah organisasi ni tapi malangnya,ada sebuah kumpulan yang kaji organisasi yang sama.

Aku masa tu dah kesuntukkan masa dah dan nasib baik aku simpan nombor telefon kawan aku masa aku kerja pasaraya giant tu dulu dan aku tak jangka dia akan tolong aku sebab dah hampir 4 tahun aku tak contact tiba-tiba aku nak mintak tolong dia.Tapi, bila aku call jer dia dan dia tengah free,terus kami buat on call interview dan hari yang sama jugak dia attachkan maklumat-maklumat mengenai giant.

Rupa-rupanya masih ada lagi sahabat aku yang baik dan aku harap aku dapat tolong dia satu hari nanti bila dia dalam kesusahan.Sedikit sebanyak buat terdetik rasa bersalah,aku call dia masa aku perlukan pertolongan jer.Aku harap aku tak ulangi kesilapan aku ni dan kalau dia baca blog aku,aku nak mintak maaf kat dia sebab aku bukan seorang kawan yang baik.

p/s:Aku nak baik sangat pun tak boleh sebab dia dah jadi isteri orang,tapi aku harap aku dapat tolong kawan-kawan aku bila diorang dalam kesusahan.

4 comments:

wachak said...

Kalau kelakuan dan perangai kita baik, sampai bila2 org akan ingat kita baik. sebab tu org tua2 kata buat jahat jangan sekali ...

intan izani said...

pasni just tanya khabar jela.. mmg kalau tibe2 kawan kol pastu mintak tolong setelah sekian lama, then senyap balik, tentu kita rasa tak best kan...

Fathiha Zainal said...

Tak salah nak buat baik kat sape2 pun, tak kira isteri orang ke, tunang orang ke, mak orang ke. Hehe.. Asal niat kita tu betul dan dengan cara yang betul la..

Umm.. Selalu terjadi mcm tu la.. Kita akan igt kawan bila perlukan pertolongan. Tapi, kita ni manusia biasa, tak sempurna, tak lari dari buat silap kan? Biasa la tu adat berkawan.. Tak selalu igt tak apa, jangan lupa terus kat kawan tu.

This is only my 2 cents. Kalau sy salah, tlg betulkan. ;)

scya lollita said...

kte wat baek kat org ,lpekan , anggp mcm x pena wat n slalu2 lah buat mcm tu

tp bila org buat baik kat kte , igt smpai mti !

self reminder (: