head

Nuffy

Wednesday, March 30, 2011

Sebab Inilah Aku Malas Makan Kat Gerai Orang....


Sebelum aku tulis dengan panjang lebar,aku abiskan tajuk tu dulu.Sebab Inilah Aku Malas Makan Kat Gerai Orang Melayu(Bukan semua).

Dah lama aku tak cerita pasal kedai makan orang melayu yang bermasalah sebab aku dah tak pegi makan kat kedai bermasalah dulu tu.Kisahnya aku pegi makan kat kedai brother ni,orang-orang muda meniaga,umur dalam lingkungan 30-an la kot.

Bila makanan sampai,member aku ni tengok telur dadar dia tak sampai lagi,dia pun bagitau kat brother tukang masak "bang,telur dadar satu".Tukang masak tu tak angguk,tak jawab diam jer,pastu dalam 5minit sampai,member aku yang lagi sorang ni pun telur dadar dia tak sampai,so dia pun mintak jugak "bang,telur dadar lagi satu".

Pastu,tiba-tiba jer brother tu angin dia boleh cakap "Sapa mintak lagi satu tu?Cukup?Dah takde benda nak tambah?". Lolz,WTF..kawan aku mintak telur dadar yang dia order tak sampai lagi,bukan baru nak order.Patut la sampai sekarang kedai ko takde bumbung.Asal hujan jer takde customer.

Aku ingat abis kat situ jer,pastu lepas abis makan masa nak bayar,boleh pulak takde duit pecah.Kalau aku hulur not RM50 ker RM 100 ker,takde duit pecah aku paham jugak.Ini aku makan RM6,aku hulur not RM10,takde duit pecah jugak?Kalau aku sorang takpe,ini member aku ada 8 orang,semua kena cari duit pecah sebab brother tu takde duit pecah.Adoii..fail..

Inilah sebabnya aku lagi suka makan kat mamak walaupun makanan dia tak berapa sedap.Kurang-kurang korang nak tambah order,kalau silap order boleh suruh tukar,bayar duit besar pun tak risau.

p/s:Aku paham,bukan semua kedai orang Melayu macam tu tapi sebab beberapa kerat orang ni lah buat orang lain rasa tak selesa makan kat kedai orang-orang kita.

pssss:itu gambar gugel..

11 comments:

qellissa said...

peh hangin klu mcm tu..mmg alamatnya x dtg lg kedai tu..tulah org nak meniaga ko nak meniaga, tp hati customer tak pandai jaga..huhh

Cik Jari said...

selalu je kan servis kedai makan nih kurengggg....hangin2

Redbloodsnow said...

itu lah yg lecehnya klo cam tu kan. bikin hati panas je..huhu. so far lom pernah lg zie terkena gnie...hiksss

intan izani said...

kedai mamak kalau g normally mmg takde masalah servis, kita duduk je nak dekat 5 org tanya order. angkat tangan je, berlari dtg amik order tambahan.

mie said...

itu la...
kalau berniaga x ikhlas..
banyak kelam kabut..
ehehheee

Iza said...

As salam..
Aku rasa tokey dan pekerja kedai tu kena ambil kursus pengurusan dan perniagaan...dah yg paling penting kena amalkan moto client is always right. Betul ke awat BI aku tu..?hehe..

p/s: tutorial burung terbang dah siap

Burung Terbang | Teratak Usang

missgee said...

Pasl tue orang melayu
kurang maju
bila berniaga..
hurmmm

wachak said...

Orang nak meniaga, dia pun nk meniaga tapi ilmu meniaga kurang. itu yg jadi mcam tu ...

Langit Pertama said...

Mmg betul...
Nk berniaga sgt...
Bukan org kuang ajar ke aper ke.. Order mknan pn salah....

Nazatul shima said...

eeii...xske btol dgn org kedai lyn customer cmtu...bukannye customer xbyr kat die..pfft!

mira ellyna said...

tu nmenye nk buang customer