head

Nuffy

Sunday, March 6, 2011

Tamat Sudah Drama Korea Dream High

Aku dah abiskan masa dua hari aku menonton cerita yang dicadangkan oleh Akukah Milikmu dan Cahaya Yang Riang Gembira iaitu drama korea Dream High.Housemate aku cakap cerita ni tengah dimainkan di saluran Astro,tapi aku tak pasti sebab rumah aku tak ada tv.

 Sinopsis Drama Dream High.

Kisah enam orang sahabat bersekolah di Kirin Art High School yang berlainan latarbelakang dari keluarga yang berbeza tetapi ingin mencapai matlamat yang sama,iaitu ingin menjadi bintang.Dalam laluan mereka bergelar bintang,banyak halangan yang dilalui dan macam mana mereka mengharunginya?Korang boleh download citer ni sendiri.;) Cuma apa yang aku boleh bagitau sikit,bagi pandangan aku sebagai peminat drama korea lelaki,aku rasa permulaan jalan cerita Dream High ni agak perlahan dan aku rasa permulaan dia lagi perlahan berbanding drama Secret Garden.

Dalam banyak-banyak bahagian drama ni,aku paling minat bahagian diorang buat Flash Mob beramai-ramai.Sapa tak tengok lagi,korang boleh tengok video kat bawah ni.




Tapi yang aku tak leh tahan,kalau korang tengok video ni laki yang pakai pakaian cheff yang start menari tu kan ada dalam video clip nobody nyanyian wonder girl.Rupa-rupanya dia CEO JYP Entertainment.Nama dia Park Jin Young.Muka dia macam gambar kat bawah.Memang kelakar la dia ni.

gambar google

p/s:Kepada sesiapa yang tak tengok lagi,korang harus tengok terutamanya kalau korang die hard fan artis korea.

p/s:Bagi aku tido kejap,nanti aku bangun aku lawat blog korang.Tak cukup tido sebab abiskan cerita ni dalam masa 2 hari.

7 comments:

missgee said...

Kaki Korea sungguh...

P/s: Agak rasa lain bila lelaki suka nengok citer Korea.. Tapi takpe memang suma orang Demam Korea :)

cik chinta said...

dasat..hahah

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Lepas abes tengok cerita ni.. Jatuh cinta.. Tapi bukan dengan kanak-kanak muda dalam cite ni.. Tapi dengan JYP.. He is totally awesome.. Patutlah dapat gelaran the asian soul.. Tua-tua pun tapi dia ada aura.. Walaupun ramai orang kata dia berwajah pelik.. Haha.. :p

fasham said...

huhu mmg tgh siar kt kbs world skunk tp kt korea dah 2-3 minggu dh hbs...ohyer dh tgk ker yg special version dream high konsert...best

Cik Aien said...

JYP memang orng kaya di korea! giler weeeei

black_mel said...

missgee:haha..xada yg aneh pun selagi perempuan korea comel2..hehe..

cik chinta:haha..dasat sikit jer..

FarhanaDr:dia mmg awesome,muka mungkin pelik tapi dia ada aura..

tiha:owh..kat korea dh abis ker..sama la..dh abis tgk jgk..hehe..

Cik Aien:yup..betul2..dia mmg kaya..

Sharinginfoz said...

ramai betul yang minat citer korea sekarang ni