head

Nuffy

Friday, March 18, 2011

Ramai Yang Jadi Cacing Kepanasan Dengar Khutbah Hari Ini

Khutbah yang dibangkitkan hari ini adalah Merokok Hukumnya Haram. Sebelum khutbah, ada tazkirah sikit,masa tazkirah pun ramai yang panas telinga sebab isu pakai t-shirt berlambang dan beraneka logo dibangkitkan.Patutnya datang la guna baju Melayu,sebab dalam seminggu kita pakai baju Melayu ni sehari jer.

Berbalik kepada Merokok Hukumnya Haram,kat sini aku ada petik dari beberapa sumber.

Merokok HARAM - Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia ke-37

Fatwa merokok itu HARAM :-

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad 'Umar Hashim' (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain
lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

petikan forum-carigold.com

FATWA SEMASA MENGENAI HUKUM MEROKOK MENJURUS KEPADA HARAM


1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.


2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.


3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.


4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.
Sumber petikan-harakah daily

Ini sedikit sebanyak sumber yang aku petik dari website lain yang hampir sama dengan apa yang khatib tadi bacakan.Telah jelas dan nyata hukum merokok tu haram tapi masih ramai yang menghisap rokok dan kononnya nampak macho.Apa yang aku tak paham,tadi makmum masa dengar tu ramai yang "terhangguk-hangguk macam paham" tapi bila abis jer solat jumaat, tengah lintas jalan nak pegi kereta masing-masing,mulut masing-masing berasap(tak semua tapi ramai).Mungkin diorang tak paham bahasa Melayu kot.Lepas ni kena buat subtitle bahasa inggeris.


6 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Saya boleh tolong sub kan kepada bahasa Inggeris.. Heehee.. :p

Rokok.. Isu yang tak penah abes.. Macam-macam dah buat, macam-macam dah cakap, tapi takde yang nampak macam berkesan.. Yang penting sekarang, cube bagi tau saye, lelaki berapa kerat jek yang tak merokok zaman sekarang eh?

oshinz said...

hai lelaki jenis macam tu memang nak mati cepat agaknye.

wachak said...

wa ler lelaki dalam kategori berapa kerat yg x merokok tu dRfarhana .. keh33


seumur idup gi solat jumaat, ari ni ler baru dengar khatib berani kata rokok tu haram .. hu33

.: Si BungaKopi : . said...

aku ada kenal skumpulan lelaki. dlm grup tu sorang je xmerokok. waktu diorang makan , aku tgok yg x merokok tu kena asap rokok kawan2 dia. sian lak aku tgok.

Iza said...

As salam..
Nampaknya khutbah tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri la ya...
Apalah yg sedap sgt dgn rokok tu..

h4ni3 said...

harap2 ramai ler yg insaf lepas dengar khutbah tu