head

Nuffy

Wednesday, March 30, 2011

Nasihat Aku Untuk Budak-Budak PSM/FYP

Kalau korang berada pada tahun-tahun akhir di Institut Pengajian Tinggi(IPT),perkataan Final Year Project(FYP) atau Projek Sarjana Muda(PSM) memang tak asing lagi dan menjadi siulan anak-anak muda.Tapi masalah kesasauan dan kegilaan berlaku bila korang mohon untuk gugur tapi last minute korang dapat tau permohonan korang ditolak.Memang sasau.Abis apa yang perlu korang lakukan?

Ada beberapa nasihat aku untuk pelajar yang dapat tahu permohonan ditolak sebulan sebelum present psm.


1)Teruskan projek korang
Kalau project atau system korang tu dah 40%-50% dah siap,pendapat aku korang teruskan.Memang ada sesetengah situasi yang system tak sempat siap tapi korang fokuskan dulu kepada objektif system korang.Sebab objektif tercapai,insyaAllah kalau nak lulus tu boleh.


2)Jangan Buat Apa-Apa
Kalau project atau system korang tu baru 10%-20% siap,nasihat aku baik korang tak payah teruskan.Korang sendiri boleh nilai kemampuan korang.Kalau sanggup dan mampu berjaga 20jam-21jam sehari,korang boleh proceed.Bergantung kepada kemampuan sendiri.Tapi macam agak mustahil nak dapat A kalau progress report pun korang tak buat.

3.Upah orang terer buat.
Ini tak digalakkan tapi kalau dah terdesak sangat,aku rasa ada orang yang sanggup buat benda ni.Tapi kalau tanya pendapat aku,better buat sendiri.

Satu tips yang korang kena ingat,kalau dah buat last minit,better tak payah belajar nak explore benda-benda baru or baru nak pinjam buku 1000-2000 mukasurat.Better korang mintak tunjuk ajar dari orang yang mahir tentang perisian yang korang guna.Visual Basic ker,Dreamweaver ker Flash ker.Sebab belajar dengan orang pandai ni paling cepat nak masuk dan kurang-kurang system atau project korang tak stuck.

Satu benda yang jadi motivasi masa aku siapkan projek aku tahun lepas ialah, Sanggup ker nak struggle balik semester depan macam yang korang buat semester ni kalau tak siapkan project tu atau cuma perlu tambahkan usaha supaya susah payah ni cuma satu semester.Bukan lama pun nak struggle tahap dewa,cuma dalam tempoh 3-4 minggu.

Pilihan ditangan kita.Nak struggle sekali atau nak struggle dua kali.

p/s:Aku fokuskan entry ni untuk pelajar yang mintak gugur psm tapi tak diluluskan.

p/s:Alhamdulillah aku dah lepas.Hope housemate aku pun semua lepas.Boleh kita teruskan plan kita ker Langkawi lepas praktikal.

p/s:Ada orang janji nak bagi laptop kalau aku lepas tapi tak dapat-dapat pun xD

4 comments:

Iza said...

As salam..
Napa saat2 akhir baru nak drop? kan rugi masa...
Nasib baik time aku dah berlalu....

5 Blog Paling erap Dilawati 2011Teratak Usang

mie said...

step ke-3 tu mantap...
eheheheee

Langit Pertama said...

Dulu aku tak penah lak drop apa2, so x brape paham sgt.. Tp kalo aku duk tempat tu, maybe guna taktik number 2 kot... No. 3 sumpah tak berani....

aku gaban said...

ramai tak guna taktik no 3 upah orang?biasanya lecturer trima tak kalau kita minta bantuan orang untuk buat sistem?