head

Nuffy

Tuesday, January 4, 2011

Trend Jemput Kenduri Kahwin Guna Facebook Ada Kebaikkan Ker?

Sekarang ni ramai yang berkahwin jemput rakan-rakan atau saudara mara menggunakan teknologi Facebook. Aku tak kata trend ini satu kesalahan cuma bagi aku trend walimatulurus menggunakan Facebook ni menunjukkan macam kita tak bersungguh-sungguh nak ajak kawan-kawan kita atau saudara masa kita datang ke kenduri kahwin kita.

Sebagai contoh case study:
Abu menjemput sahabatnya si Minah ni datang ke majlis perkahwinan Abu di Sungai Petani menggunakan facebook.Tapi dalam masa yang sama tahu tak si Minah ni yang rumahnya terletak di Kuala Lumpur tak sampai hati menolak pelawaan si Abu sebab si Abu ni sahabat karibnya di sekolah.Jadi perjalanan untuk ke Sungai Petani lebih kurang 4 jam setengah dan tol dan minyak jumlah pergi dan balik adalah LEBIH KURANG RM160-180 dan masa adalah 10 jam.Kalau minah sewa hotel lak lepas tu.Entah berapa ratus bajet minah untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan.

Sebenarnya tak salah kita jemput rakan menggunakan facebook tapi sekurang-kurangnya lepas tu call la atau mesej rakan kita tu sebagai tanda penghargaan.Kenduri yang aku datang masa di Sik tu pun kawan aku jemput cuma hanya menggunakan facebook tapi lepas tu dia call dan mesej aku sebagai tanda penghargaan kita untuk datang.Sekurang-kurangnya kita tau dia bersungguh-sungguh nak ajak kita datang walaupun dia tak hantar kad kawin.

Satu kes lagi aku pegi kenduri masa tahun lepas kat taiping.Kes yang sama jemput menggunakan facebook.Bila dah jemput ramai kawan-kawan menggunakan facebook ni jadi dah terlebih bajet.Makanan tu untuk tetamu 600-700 orang makan tapi yang datang sampai 1000 lebih.Jadi tetamu yang datang lewat terpaksalah makan nasi dengan telur rebus(ambik dari bunga telur) letak dalam kuah masak kicap daging.

Kelebihan jemput kenduri kahwin menggunakan facebook dah tentulah menjimatkan kos,tak yah cetak kad kahwin banyak-banyak dan boleh jemput rakan-rakan yang duduk jauh.
p/s:Tapi aku prefer jemputan menggunakan panggilan telefon dan kad kahwin sebab pakcik makcik kita ni sensitive tak ada kad diorang taknak datang.

10 comments:

Anisa Hang Tuah said...

yess..nis pun prefer pakai kad & talian tipon jee..

yott said...

bg kad jmputan nmpk lebih berbudi bahasa...:)

hanaahmad said...

ade jugak. semua kawan yg jauh2 n dh lame x jmpe leh dijemput. kalau kad ni kan kita kena jmpe or pos nk bg. bg aku okay je. janji jmput. cuma kad ni lebih tradisional. bg kad selalunya utk fmly, org2 besor or jiran tetangga. bajet lbh bg la kad byk2. hahaha betul. dlu masa abg aku kawen ade kwn fmly ktorg xnk dtg sbb ktorg juz jemput mulut n xkasi kad. sgt emo. haha

shima said...

aku kisah tau.ari tu ada lah kwn jemput melalui fb.tp dia tak tag.just letak wall.dia ingat kita perasan kah..pastu sape yg perasan tu tegur la dia kan.br dia mintak alamat nk antar kad...ku rasa tak sesuai..kalau yg jauh mungkin blh terima akal lah.kalau duk dkt dkt nk send invitation dgn fb x patut.

Puan aiNa Rahman said...

aina kawen ritu x pakai fesbuk pun. semua anta kad. sbb to me..itu lg indah..wlaupun hakikatnya lepas tu org buang je pun kad tu. but its ok, at least penghargaan ade kt situ. klo org add pkai fesbuk nih, nak pegi xnak mcm same byk je. mcm x proper invitation tuh..kan? whateva it is..dunia dah maju zaman dah berubah, pkai fesbuk konon boleh cut cost..eheheh

Izzatie Natasha said...

saya xstuju sangat jemput pkai fb.. sebab takut trlbih bajet + dah xde kemeriahan utk meraikan orang yang nak kahwin tu.. sebab besenye, ble tengok kad jemputan kahwin baru la cam semangat nak gi umah orang kahwin tu.. n kadang2 ble jemput pkai fb ni trase cam orang tu jemput untuk penuhi syarat je.. bukan nak jemput btol2 pun..

Fathiha Zainal said...

Tiha prefer bg kad. Kt FB just guna utk inform n mtk address kwn2. Dh dpt alamat bg la kad. Dekat kad siap ada peta, sng nk wat panduan. Klu just ltk kad dkt FB, xkn la kita nk print sndiri peta tu. Huhu..

p/s: Pnah ada kwn tag je kad dkt fb. X bg kad. Dh la tiha x pnah g umah dia, kne lukis sndiri peta nk g umah dia. Sebbaik sng, klu susah mau sesat barat.

Iza said...

Salam...
Aku senang je, kalau jemputan tu aku kenal dan dekat, aku pi la tp kalau jauh mana hala nu, maaf le.
Kalau ada kelapangan, baru boleh hadir.
Tapi kalau dok kat kg, suka je aku pi kenduri (yg dijemput)walaupun tak berapa nk kenal....

missgee said...

FB utk kawan jauh..
Kalo dekat prefer bagi kad..
Kalo lagi dekat guna mulut je :P
hehehe

Sharinginfoz said...

boleh jimat kos tapi org nak yang physical card baru nampak bersungguh2 kan