head

Nuffy

Monday, January 17, 2011

Gangguan Bekalan Air Di Batu Pahat

SENAI - Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan pada 17 dan 18 Januari ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut kawasan seperti di loji rawatan air Sungai Lebam, Kota Tinggi, penyelenggaraan TNB di loji dan rumah pam Parit Raja serta penyelenggaraan TNB di loji dan rumah pam Simpang Renggam

Bagi kawasan A dan kawasan B yang terlibat, gangguan akan berlaku pada 17 Januari jam 9 pagi hingga 9 malam manakala bagi kawasan C, gangguan akan berlaku pada 18 Januari jam 9 pagi hingga 11 malam.  

Kawasan A yang terlibat adalah keseluruhan gugusan Adela, Kampung (Kg) Muhibbah, Tanjung Serindit, Ladang Sungai Papan, Kg Pasir Gogok, Terminal Feri Belungkor, Tanjung Surat, Sebana Resort, Kg Bukit Gelugor, Kg Bukit Raja, Sg Rengit, Sg Kapal, Pengerang, Kg Lepau, Pularek, Teluk Ramunia, Kg Baru Punggai, Batu Layar dan kawasan sekitar.

Kawasan B yang terlibat seluruh kawasan Parit Raja, sepanjang Jalan Parit Botak, sepanjang Jalan Parit Raja Darat, seluruh kawasan Bandar Penggaram dan taman-taman sekitarnya, sepanjang Jalan Muar dari Jambatan Besar hingga Sungai Kajang, sepanjang Jalan Bukit Pasir hingga Jambatan Bindu, sepanjang Jalan Kluang dari Petronas hingga Institut Perguruan Tun Hussein Onn, sepanjang Jalan Minyak Beku dan Jalan Tanjung Laboh.

Bagi kawasan C pula, membabitkan seluruh Simpang Renggam Kluang, sepanjang Jalan Benut hingga Parit Talibek Simpang Renggam, seluruh Taman Indah Taman Sri Bayu, Taman Rengland dan sekitar, seluruh Kg Ibrahim Majid, Parit Penghulu dan sekitar, seluruh Parit Hj Salam, Parit Salman dan sekitar, sepanjang Jalan Johor hingga Bukit Nyamok dan sekitar, seluruh Taman Samudera, Taman Puteri Mas dan sekitar. 


Adoii..ni la yang aku tak suka nih.Kena catu-catu pulak.daripada tak ada air,biar tak ada elektrik pun takpa,dah tentu semua klas cancel kalau tak ada elektrik.Aku duduk kat penang dulu berpuluh puluh tahun,tapi jarang sangat-sangat air kena catu,tapi aku duduk kat area batu pahat ni tak sampai 3 tahun tapi dah banyak kali air kena catu.Letih la macam nih.

Nak kata budak-budak umah aku membazir air takda pulak,sebab budak umah aku ramai yang tido overdose.selalu sehari sekali jer mandi.Aku lain la sebab aku dalam kategori student berhemah,kurang-kurang mandi 3 kali sekali. Tak mengapalah,orang laki ni kalau tak mandi pun wangi lagi..Hahaha...Korang tak caya,korang duduk dalam bas tu bau bangla kat sebelah.Wangi kan?Haha..

2 comments:

fathiahRAIHANA said...

takk suka air takde .
teringat asrama la pulakk pagi2 buta kluar cari air nk mandi T_T

molmolla said...

ko UTHM ke?