head

Nuffy

Monday, December 6, 2010

Ada Babak Filem Ngangkung Yang Aku Tak Suka

Gambar google

Disebabkan cerita ni dah keluar hampir 12hari,aku taknak review apa-apa tentang cerita ni.Cuma secara keseluruhan aku rasa filem ni sesuai di tonton dan boleh dikatakan agak menarik. Kutipan filem ni jugak agak realistik,kalau tak silap aku dah melebih 2 juta dalam seminggu dan walaupun aku tengok semalam hari yang ke 11,panggung wayang masih lagi penuh.

Kalau nak diikutkan aku memang nak rate filem ni 4 bintang setengah tapi disebabkan ada beberapa babak yang menganggu fokus dan keghairahan aku,aku rasa rate pendapat peribadi aku 3.69 bintang. Babak yang aku paling-paling tak suka dalam filem ni ialah situasi Azlee jadi doktor dan menerangkan kaedah mengugurkan kandungan.Serius aku tak suka Azlee buat muka senget-senget,mata juling-juling dan mulut bengkok-bengkok sampai aku terpaksa pandang kat kapel sebelah kanan sebab awek dia sangat comel.

Babak lain pulak bila part kawan si pelakon bernama Azad Jazmin nama betul dia bercakap menjerit-jerit.Belakon tak payah la jerit-jerit.Ada babak yang perlu jerit dan ada babak yang tak perlu jerit.Mazlan pet pet pun suka jugak jerit-jerit terutama dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2,cuma dalam filem ni dia kurang sikit menjerit.

Apa-apa pun,aku pasti Azlee dan Mazlan tetap ada peminat diorang yang tersendiri walaupun cakap jerit-jerit dan buat memek muka pelik dicampur mata juling-juling.Sebab kalau tak,masakan kutipan filem senario cecah juta-juta.

Tepuk dada tanya selera..Pendapat masing-masing.

8 comments:

Anisa Hang Tuah said...

tak tgok lagii
hee

FarhanaDr said...

Ekeke.. Saya suke cara azlee takutkan pasal prosedur keguguran tu.. Good method.. Heee.. Maybe mimik muka dia tu je agak kemenyampahan kot.. Dia kan selalu wat muka macam tu.. Hehe..

dayangredzuan said...

dah tgk da..
bnyak mesej yang bgus cuba disampai kan dalam cite ni...
tak semestinya cerita komedi yang memerlukan penonton ketawa sampai terbahak(saya lah tu) tapi tiada nilai pengajaran yang tersirat..

Lia3003 said...

sokong2.. mazlan & azlee overrr

NAJ HEBAT said...

hadoi. tak minat jugaa la mcm ni.

missgee said...

Tak tengok lagi..
Esok2 kot..
Tunggu ada masa :)

BENA said...

bena tak tengok ag cite nih . heee . tapi tengok iklan cte nih . awat sore sam tu lain macam aje ? heeee~

intan izani said...

buat muke pelik mata juling2 tu dah mmg trademark si azlee tu kot. tak suke jugak.