head

Nuffy

Thursday, November 11, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin

Ini masalah beberapa orang yang aku jumpa dan yang berada berhampiran dengan aku.Aku tak paham apa yang cuba dibuktikan dan apa yang cuba disampaikan.Korang nilai sendiri daripada situasi ni:

Sori,aku tak suka bola sepak.
Masa aku duk lepak dengan member aku kat kedai mamak,ader orang meja sebelah dok sembang bukan main kuat dengan kawan dia,"sori bro,aku tak layan bola sepak".Tapi masa tengok bola tu selumber jer dia kutuk barbatov botak main slow lah,van der sar dah tua tak layak main untuk M.U lah.offside lah, referee kayu lah dan macam-macam lagi lah.Aku rasa dia ni otak senget kot.Dia bukan tak suka bola sepak tapi dia tak suka M.U.

Lu,anak emak takleh balik lambat
Ini pun member-member aku yang dah bekerja dok sound kawan-kawan aku yang keluar lewat pastu nak kena balik awal.Kawan nak balik awal sound-sound anak emak,takpa tunggu jap lepas tu mak dia call cakap esok pagi nak pegi pasar jangan balik lambat sangat.Teloq la sound-sound orang.Pergi pasar dengan emak.Kalau tak pegi emak simpan kunci kereta.Sebenarnya tak ada istilah anak emak ker tak ker sebab kalau bukan anak emak kau something wrong la dengan kelahiran kau.Lain la kau anak angkat.Tapi anak angkat pun ada emak.

Konon tak kisah awek lari
Sembang depan kawan konon dia garang gila dengan awek dia,Awek dia ajak keluar dinner slumber dia tolak,awek buat salah sikit maki gila b*b*.Kira dia tak kisah lah kalau awek dia lari.Petik jari sepeluh mari la dan macam-macam la.Allah nak tunjuk,awek dia mintak putus,seminggu bai keluaq dengan member-member senyap,merayu-rayu nak baik balik,mintak maaf nangis-nangis.What The Fish la.

p/s:Kesimpulannya jangan cakap kalau tak boleh buat.Kadang-kadang benda tu kita tak sedar kita cakap tapi kalau dah banyak kali dia cakap konon macam hati kering sangat tapi bila dah berlaku baru tau langit tu tinggi ker rendah.

p/s:Tak ada kaitan dengan budak-budak dunia blog sebab aku cakap pasal member-member aku yang dok lepak sama-sama dulu kat penang atau situasi masa aku lepak dengan kawan-kawan.Kalau ada yang terasa,aku mintak maaf.

9 comments:

NAJ HEBAT said...

MEL sayang~

haha

try test.. kau petik jari..


tengok aku datang ke tak?


muahaha...

black_mel said...

haha...xnk petik....nnti kau datang,umah aku dahla takde org...nnti kena tngkap basah...hehe...

aNiSa hANg tUaH said...

hehehhe
pakwe saye dah larik
ceyh tade kena mengena langsung

:O

black_mel said...

haha...xpe...ramai yg menunggu..;)

¶A.K.I¶ said...

ok ok aku tak terasa~
hahahahaha

Langit Pertama said...

Biasa gak dgr member2 menyindir2 anak emak.
AKu pun tak paham. APa salahnya berbakti pd emak. Kan syurga bawah kaki emak.
DOrg tu kekurangan kasih syg gamaknyer...

wachak said...

x der istilah anak mak kat umah wa. mak layan semua sama jer. tak der pilih kasih.

fndrocka said...

Ececececece...

BENA said...

haaaaaaaaaaaa betoi2 tu. sokong ngn blackmel. ckap kadang xleh caye sgt. kalo merase tu baru betul kan . heee~