Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.
Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.
Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.
Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. - Bernama
Utusan Malaysia
p/s:Teringin nak balik penang walaupun minggu study week.Family aku cakap hujan tak berhenti dari semalam kat penang.Hope tak banjir.
5 comments:
okei awak.
kat uum dah banjir teruk
kami terkurung tak bole ke mane2 pun
ghmm ):
Kat ipoh hujan petang jek.. Huhu.. Tapi sejuk memang sejuk cuaca..
dah start musim tenkujuh ke kentujuh? tetibe blur jap. hehehehe~
Musim untuk berhujan2..
Raya Aidil Adha tak lama lagi..
Harap2 tak banjir
utara dah banjir...;d
Post a Comment