head

Nuffy

Friday, October 15, 2010

Perjuangan Belum Selesai

Musim demam Projek Sarjana Muda(PSM) atau juga dikenali sebagai Final Year Project(FYP) sudah bermula. Mana-mana aku pergi,aku akan ternampak budak-budak universiti memegang proposal yang mempunyai kulit berwarna pink,dan sesetengah yang dah demam teruk sampai tak tidur malam untuk siapkan proposal.Ada jugak yang bermalam diperpustakaan.Untungnya diorang sekarang ni adalah kerana perpustakaan kolej aku menyediakan tempat yang dibuka 24 jam.

Tapi,dalam keghairahan rakan-rakan aku menyiapkan proposal PSM diorang,ada beberapa orang sahabat aku yang hampir tewas dan give up kerana kesuntukkan masa.Ramai yang sudah berputus asa dan malas untuk membetulkan kesilapan didalam proposal tapi ada jugak yang sudah putus harapan untuk menyiapkan proposal dan menunggu untuk men'drop' subjek tersebut.

Kepada kawan-kawan yang hampir berputus asa,aku cuma boleh beri nasihat, perjuangan belum selesai.Selagi panel belum mengagalkan kita,selagi tu korang ada masa untuk ubah dan betulkan proposal korang.Terlambat memang sudah terlambat tapi perjuangan kena teruskan.Jangan sia-siakan usaha korang selama satu semester ini.
Aku?aku sudah melepasi demam PSM.Walaupun tak mendapat keputusan yang cemerlang,tapi aku bersyukur kerana aku masih lagi lulus dan berjaya menyiapkan projek PSM ni.Tekanan PSM ni memang lain macam,aku ras kalau tak tahan tekanan silap-silap boleh gila dibuatnya.

p/s:Pesanan kepada rakan aku yang terpijak wayar laptop aku sampai laptop aku terpadam masa aku buat psm dulu,"amacam bro?dah rasa demam psm?relax,cool...yang penting kita pegi minum2 dulu..mau?hehe"

10 comments:

Fiffy Hazirah said...

aku tgh dalam kanun keseksaan dgn psm skrg. lg2 dgn sabjek2 lain yg buat aku busy mcm fuck.

stress gua.

Asma said...

Mmg demam teruk time tu...
Tapi seronok... Tetiba semua berganding bahu...
Hahaha...

Anonymous said...

ko pijak la wayar laptop dia balik bro~

Unknown said...

saat yang mengerikan bila buat final projek neh...pecah kepala dibuatnya...muke2 yg xpenah jejak library tp mase wat final projek ade plak....

apa pun jgn putus ase...tuh semua dugaan...bila ianya membuahkan hasil...kita akan tersenyum gembira

kak gojes said...

teruskan usaha! chayok chayok

Ieqa Swetluv said...

itulah namanye cabaran time belajo, ye dak! sabow jela kan hehe

Cheese Monster said...

lai. create 6.69 dulu.pa nak kalut2

BENA said...

hahaha. pesanan tu bena suke! agak TAJAM di ctuuu ye. hehehe~

Lia3003 said...

student sarjana semua akan rasa macam tu, and one day bnda ni akan lepas juga. cuma bersabar lah

missgee said...

Demam PSM..
Gila punya keja..
Tensi manjang..
Tapi bila dah lepas..
Pasti jadi Nostalgia yg
tak akan dilupa..:)