head

Nuffy

Monday, October 25, 2010

Kenapa Perempuan Suka Berpuak-Puak?

Sebelum aku menulis dengan panjang lebar,maaf sekiranya aku menggunakan jantina sebagai tajuk entry dan akan ada orang-orang yang mengatakan:

"Black Mel,bukan semua yer berpuak-puak" atau mungkin "Alah,lelaki pun ramai yang berpuak-puak"

Ok,aku mengaku bukan semua perempuan berpuak-puak dan mungkin lelaki pun ada yang berpuak-puak.Aku tak pasti kat IPT lain.Tapi pengalaman aku belajar di dua IPT membenarkan persoalan aku diatas iaitu sesetengah perempuan suka berpuak-puak.Sebelum korang tersalah faham dan terfikir yang bukan-bukan biar aku terangkan situasi yang aku maksudkan.

Sebagai contoh kat IPT aku terdapat beberapa group perempuan yang boleh dikatakan tak sekepala.Beberapa gelaran yang diberikan oleh sahabat handai antaranya "Ahli Syurga","Ahli Pintu Syurga","Orang gila" "Samseng" dan beberapa lagi gelaran.Ingin aku tegaskan disini,gelaran tersebut hanyalah diberi semata-mata kerana perwatakan mereka dan bukannya kami menjamin mereka ahli syurga.Nanti tak pasal-pasal orang cakap aku bawak ajaran sesat.

"Ahli Syurga' ni selalunya ada kat mana-mana IPT, diorang ni tergolong dalam golongan yang datang awal dan duduk kat depan,berjubah ataupun berbaju kurung dan bertudung labuh. Selalunya ahli syurga ni tak ramai yang bergaul,tambah-tambah perempuan yang free hair jarang sangat la diorang bergaul dengan tudung labuh ni.Aku hairan adakah sebab diorang ni malu ataupun diorang beranggapan fesyen mereka ketinggalan zaman. Tapi selalunya diorang ni sejuk mata memandang.

"Ahli Pintu Syurga" ni  pakai tudung jugak tapi berseluar jeans dan berbaju ketat.Selalunya ahli pintu syurga ni walaupun menutup aurat tapi diorang ni jenis yang suka mengata.Bila nampak lelaki,bisik-bisik,pandang lelaki tu pastu gelak-gelak. Ahli Pintu Syurga ni tak disukai oleh kumpulan Orang Gila sebab ada daripada group Orang Gila ni yang bagitau diorang ni suka bersembang pasal lelaki.Pastu cakap lelaki tu usha diorang lah,diorang malu-malu dan macam-macam lah.

Kumpulan "Orang Gila" ni lak group perempuan yang slumber dan selalunya free hair. Diorang ni slumber jer menyanyi dalam dewan kuliah,tengah jalan-jalan tiba2 boleh pulak berjoget dan mulut lak pakai lepas jer.Mencarut tu dah macam biasa dah.Kena tahan telinga jer la.Selalu kalau lelaki mencarut sebut perempuan punya,tapi kalau group perempuan gila ni mencarut dia bisexual,lelaki,perempuan dia pakai sebut jer.Group diorang ni tak suka kat Ahli Pintu Syurga sebab ada yang kata diorang ni hipokrit.

Kumpulan "Samseng" pulak special kes.Macam dua alam pun ada. Tapi bagusnya diorang ni tak kacau orang kalau orang tak kacau diorang ni.Tapi kalau ada yang buat pasal,siaplah diorang sound gila-gila. Diorang ni selalunya otai-otai yang dah belajar lama dah daripada orang lain. Group ni dengan group orang gila boleh masuk tapi bukan 2 group yang kat atas tu.

Paham tak apa maksud aku?

p/s:Sebenarnya maksud aku,ada beberapa orang perempuan yang macam tikam belakang,depan punya baik tapi belakang cerita keburukkan dan kutuk-kutuk kawan dia yang dari group lain tu.Selalunya yang membuatkan diorang ni tak bercampur sebab utama lelaki dan sebab yang kedua tak sekepala.

p/s:Aku bukan berniat nak kutuk sesiapa cuma cuba kita bayang,kalau dekat dalam dewan kuliah tu,cina duduk group dengan cina,india dengan india dan melayu dengan melayu.Pastu melayu ni pulak pecah kepada beberapa group contohnya macam group kat atas.Bila nak buat group project bila nak pilih ahli,diorang ni taknak group dengan orang lain,nak kawan sebulu jugak. Macam mana nak berkembang.

p/s:Ingin aku tegaskan disini gelaran tersebut tidak membawa sebarang makna dan bukan suatu jaminan.Harap paham.Sekiranya ada yang terasa atau bahasa aku agak kasar,sekali lagi aku mintak maaf.

15 comments:

Amirsyah said...

klo yang ni, setuju sangat la..
pelik kan, kat mana2 pun ppuan memang macam tu.. ada je sebab nak bgaduh sama2 die.. sebab laki, sebab blaja, sebab peribadi, sebab sebab sebab..

mungkin tu la ujian untuk orang ppuan..

dalam al-Quran pun ada sebut tepat tentang perkara ini.

tengok surah al-Hujurat, ayat 11.

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu kumpulan merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan PEREMPUAN merendahkan PEREMPUAN yang lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.

FarhanaDr said...

Cara pnyampaian mesej yg bagus.. Moga jadi renungan untuk semua..

Eryati said...

rasa nak gelak baca kategori2 tu...tapi betul ker ada m acam tu? almaklumla sy tak belajar sampai ipt

ieQa sWetLuv said...

setuju giler3 ngan entry ko yang ni..kat tempat aku ni pun 2X%, x habis2 ngan geng2 dia dari kat bilik sampai ke kelas, dari pg sampai ke malam balik2 org tu aje sampai aku naik nyampah. Yang tak leyh blah tang wat keje pon sama cm da x leyh wat ngan org lain. Alasannya sebab da senang wat keje, abes ngan orang lain susah ke?? payah la ngan org cmne ni tak reti nak campur org haishh

aNiSa hANg tUaH said...

bace dan gelak dan setuju sangat

memang akui.pempuan suke berpuak.
kat sini pun same

org bandar dgn geng die
tudung labuc club(TLC) yg digelar kat sini utk gadis bertudung labuh
kelantan & pantai timur sepuak
geng freehair dgn style diee
haha
perempuan!

y@n@ M!B said...

kolej aku pn ada gak puak²..yg plg ketara klu clas tu campur dgn junior..yg senior mcm ego xmo campur sgt dgn junior..ish³ *aku pn same daaaa* =P

1st time bc gelaran² mcm ni..klaka plak..hihi~

girls will always be girls..apa boleh buat kan.. =)

Langit Pertama said...

Alamk, nape ciri2 aku takde dlm geng di atas..
Aku pakai tudung tak labuh, pakai baju tak ketat, tak cakap pasal lelaki, tak bising dan tak mencarut. MAsuk kuliah time lecturer baru nk on mic dan duk depan skali berbanding orang lain. Berkawan ngn ketiga2 puak, tapi tak masuk geng dorang. AKu ni kategori apa ek...

KAtegori MAnusia yang Tidak Diketahui Kewujudannya.. Huhu...

pUAN gULA-gULA said...

tak sume yang berpuak-puak..

Jo Qusary said...

Aku tak suka berkawan dgn org... sebab org tak ska berkawan dgn aku... aku dikira puak Serigala Jadian kot... hahaha

Cik. Bena said...

ohooo~

kalo kat kolej bena. kalo kelas bena satu geng . lecturer sampai puji sebab hubungan kwn2 tu rapat. susah nk jumpe kwn2 kolej cm dulu. huuu~ =)


rindu =)


tapi kdg2 tu ade la konflik kan kan. heee~

molmolla said...

erkkkkK!! kat kelas aku takde puak cmni pun~

Heidi Shafiq said...

susah nk ubah manusia.. hanya kite yg mampu untuk contoh kat dorg.. ko jd la role model.. mesti ade yg ikut pye.. :)

Sharinginfoz said...

harap dimasukkan bersama2 dengan kategori yang baik

naimah said...

dlam kelas pun boleh kire ngn jari je ppmpuan.. x sempat nk berpuak puak..

tp mmg wujud, but there's lot more jenis2 puak..
ramai je yg pakaian xde lah proper, tapi baek je, x kacau org, x mngumpt orang, buat keje sndiri je..

black_mel said...

Amirsyah:yup..betul tu..

FarhanaDr:thnx doc...

Eryati:ader..dan benda ni ada di mana2..rasa2nya sekolah pun ada..

ieQa sWetLuv :haha..tp selalunya kalau 1 rumah mesti keje last minit..

aNiSa hANg tUaH:haha..kn dah cakap..mana2 pun ada..;)

y@n@ M!B :yup2..itu satu kes..tp dah macam adat..

Langit Pertama :aku tak nyatakan semua..ko kategori special..

pUAN gULA-gULA :yes..dah mention kat atas tu..kat mula2 entry...

Jo Qusary :haha..dh macam citer twilight lak..hehe..

Cik. Bena :kn..kn..kn..hehe..

molmolla :ko klas aper?hehe..

Heidi Shafiq :haha..kat atas citer ppuan..kalau aku ppuan mmg aku dh jadi role model dah pun..hehe..

Sharinginfoz :ada bro kategori baik..kategori yang 1st tu...

naimah :yup..selalunya bergantung kepada keadaan..