head

Nuffy

Tuesday, September 21, 2010

Taktik Aku Yang Nakal

Dah lama aku tak balik kampung aku di Tanjung Malim,jadi masa aku cuti Hari Raya yang lepas, aku berkesempatan untuk balik ke kampung walaupun cuma 3 hari 2 malam. Lama aku tak jumpa opah sebelah ayah aku ini.Ada satu sebab kenapa aku suka sangat balik kampung dan kalau bukan sebab kerja,memang aku akan selalu balik ke kampung.

Opah aku ni tersangat baik dengan aku.Kuih paling aku suka plak adalah kuih karipap yang inti kelapa tu.Karipap tu manis-manis sikit.Memang aku terlalu suka karipap tu.Opah plak sayang kat aku lebih,so ngada-ngada la sikit.Senang jer nak mintak.Macam biasa,bila aku mintak tu selalunya mak, opah aku dengan adik2 aku yang lain.Aku akan mintak kat mak aku, "Ibu,esok beli karipap inti kelapa tu yer". Nanti jawapan biasa yang aku terima "Jangan nak ngada-ngada.Mana ada orang jual karipap inti kelapa tu kat kampung ni".

Tapi seperti biasa esoknya bangun pagi2 mesti dah ada kat atas meja.Rupa-rupanya opah aku pasang telinga,dia bangun pukul 4,5 pagi nak buat karipap tu sendiri.Saja jer pura-pura terkejut walaupun dah tiap2 tahun aku akan guna taktik tu untuk dapat makan karipap tu.So,tiap2 tahun aku tak pernah miss makan karipap inti kelapa tu.Nakal betul aku nih.

Lagi satu makanan yang aku paling suka ialah satay.Seperti sedia maklum,macam biasalah bila dah family besar adik beradik ramai ni,memang mustahil la bapak aku nak beli satay banyak-banyak.Tapi bapak aku ni pantang kalau nenek aku mintak mesti dia beli dan setiap kali kami balik dalam sehari tu,bapak aku akan beli makanan luar untuk nenek aku.

Esok harinya bapak aku pun tanya lah kat nenek aku nih "Mak nak makan apa?",Pastu aku menyampuklah "Abah,angah nak satay".Bapak aku dengan slumber rock akan jawab "Takleh" dengan memek muka yang tiada perasaan.Pastu nenek aku pun pesan "Mak nak passembur/gado-gado,lagi satu beli lah satay sikit,mak teringin " Pastu bila dah balik jer dari pekan,bapak aku pun bagilah satay ngan passembur tu kat nenek aku.

Kami adik beradik tak berani mintak satay kat opah sebab abah dah warning siap2,satay tu untuk opah ngan atuk.Opah aku macam biasa,makan 1,2 cucuk dah kenyang.Lebihnya akulah yang abiskan.Opah aku ni memang memahami jiwa aku.Sebenarnya ni taktik kedua aku nak mintak makanan dari abah aku sebab kalau aku mintak memang tak dapat sebab adik beradik aku ramai so bila opah mintak conform aku dapat.

Sebab tu aku sayang opah aku,dan macam biasalah hari raya yang lepas, seperti sebelum-sebelumnya aku akan turun dari bilik kat umah atas pastu tengok meja mesti ada karipap kegemaraan.Tapi raya yang lepas,aku turun jer,makcik2 aku tengah buat lontong dan ada yang tengah potong lemang.Takkan opah aku lupa buat karipap aku.Opah aku walaupun dah tua,dia tak lupa lagi cuma..............Dia telah dijemput illahi pada tahun 2005 dan sejak 2005 aku tak pernah makan karipap inti kelapa lagi sebab tak ada siapa-siapa yang nak buat.

7 comments:

Peminat Katie Holmes said...

oh, orang perak ke yob?

black_mel said...

haah..:)

Langit Pertama said...

Karipap kelapa tu payah nk cari. Nenek aku pn buat sedap, tapi la ni dia dh saket. Tak larat nk masak utk cucu lagi....

Sharinginfoz said...

sate memang sodap kan

White Bird said...

ligat otak hang ek..

noor afzan said...

hoh..sedihlah part last tu.
mesti kamu rindu sangat2 kat opah tu kan.

ribena.illina said...

bgus gak taktik tuh ek. tp slu gak gune gtu. hehehe~ xpe2. nati black mel cri calon yg reti wat karipap k. =)