head

Nuffy

Monday, September 13, 2010

Si Bodoh Sombong Kaki Leter

Susah bila kita nak bercakap dengan orang yang bodoh sombong ni.Aku taknak sebut nama orang tersebut sebab orang tu tak berada dalam dunia blog pun dan orang tu seseorang yang dekat dengan aku.Walaupun kau tu pandai dalam pelajaran,sesekali kau tu kena dengar cakap orang lain.Jangan jadi orang yang bodoh sombong.

Hari raya hari tu,aku dengan beberapa orang saudara mara aku pergi berjalan-jalan untuk mencari kedai makan mamak.Dah boring asyik-asyik makan dodol,nasik impit dengan lemang jer,sesekali teringin la jugak makan roti canai dengan teh tarik.So aku dengan beberapa orang saudara aku ni pun keluar la dari kampung tercinta dan pegi ke pekan Tanjung Malim. Cari punya cari tak jumpa,gila ker cari kedai mamak 1 syawal,conform2 la tak jumpa.Yang ada kedai daun pisang kepunyaan Restoran India.

Lepas puas jalan2 tak jumpa kami pun ambik keputusan balik jer la.Sampai kat UPSI pun takde kedai yang bukak.Tengah2 sembang tu timbul la isu pasal behrang..Aku cakap ada nama behrang tu behrang 2020,tapi si bodoh sombong ni cakap mana ada 2020.Semua 2010.Kedah maju pun 2010.Degil nak cakap aku yang salah.Last-last masa nak balik tu ada signboard tepi jalan yang tertera perkataan "behrang 2020 dengan anak panah terus". Terus jer diam budak bodoh sombong tu.Kan dah malu..

Lepas tu masa nak pegi pasaraya lak dia cakap mana ada pasaraya bukak masa raya.Ni lagi satu kebodohon tahap dewa.Bukan ker aku kerja pasaraya 3 tahun tak cuti raya?Haiz..payah nak cakap dengan orang bodoh sombong.Kalau bodoh sombong jer takpe,ni ditambah pulak dengan kuat berleter.Sepanjang jalan kerja nak bercakap benda-benda merepek2 jer.

Lantak kau la,pesanan untuk si bodoh sombong."kalau kita bodoh,jangan la kita cuba memperbodohkan orang lain dan membuat sesuatu yang menampakkan kita ni tersangat lah bodoh."

p/s:Maaf kepada rakan-rakan yang lain.Bahasa untuk entry kali ini agak kasar dan bukan untuk dicontohi.

12 comments:

Langit Pertama said...

Relax2...
Org cenggini mmg tak dpt diubati....

y@n@ M!B said...

hehe aku pernah jmpe org mcm tu..xlrt nk tegur sbb dia xkn mengalah..

hr raya kn, maapkn je la org tu..=)

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

hahha..ssh nak tgo org bodoh sombong=.="

black_mel said...

Langit Pertama:yup..konon dia jer btul..

y@n@ M!B :yup2..mmg dia xkn mengalah..

sukahati kening la pintal2 kening~ :hurm..btul tu..ego dia mmg tinggi..

hamzah ian said...

haha.. kite jgn jd bodoh sudah...

enyheartsdiamond said...

laa.. kampung u kat tg malim ke? ;p
ceq kat sungkai ja :D


*tq for da advice.. u tau kan mr. khong dan i bukan selalu dapat keluar bersama dan meluangkan masa bersama.. sebab tu i rasa tersisih :|

chentaMAYA said...

biase la 2. kdg2 owg pndai xnak terima pendapat owg~

black_mel said...

hamzah ian :haha..sokong2..

enyheartsdiamond :yup kat tg malim..tp jarang balik..owh..u kat sungkai ker..ok2...

*about wit ur bf tu..kena berbincang..apa yg dia x suka n apa yg dia suka..

chentaMAYA :setuju..sbb dia rasa ego nk kena tegur..

sabree said...

jadi la si bodo yang hensem/jelita daripada bodo dan sombong

missgee said...

Bodoh.. membodohkan..
terserlah kebodohan..
hurmmm

ekin said...

susah gila kot nak layan orang camni

semuanya dia yang betul. haha

ribena.illina said...

ni betol2 marah nih. cool2. hehehe~