head

Nuffy

Wednesday, September 8, 2010

Model Pengganti Proton Waja Seakan Mitsubishi Lancer


Ini merupakan preview model pengganti proton waja.Kalau menurut buletin utama model pengganti proton waja ini seakan mitsubishi lancer.Tapi pada pandangan peribadi aku macam sama jer.Model pengganti proton waja ni belum keluar di website proton ataupun proton edar.

Untuk pasaran aku rasa model ni memang memenuhi citarasa pengguna sebab bila bawak ni mesti rasa macam bawak mitsubishi lancer.Secara tidak langsung,golongan muda yang selalu melakukan ubahsuai proton waja mereka supaya menjadi mitsubishi lancer dah tak perlu lakukan pengubahsuaian.PROTON dah tolong korang.Aku harap performance dia pun lebih kurang mitsubishi lancer la jugak.Memang cantik model ni.

Cuma dari segi identiti kereta nasional dah semakin hilang.Nama PROTON diambil daripada perkataan Perusahaan Otomobil Nasional tapi bila dah hampir menyerupai kereta syarikat Mitsubishi iaitu buatan Jepun,dimana originalitinya?Mungkin jurutera-jurutera proton sudah kehabisan idea.Perlu dibawa suntikan baru iaitu graduan-graduan yang baru tamat pengajian.

Apa-apapun,model ni pun aku belum tengok seratus peratus dan tak adil bagi kita untuk menilai benda yang belum dapat dilihat sepenuhnya dan diuji kualitinya.Atau mungkin diorang ada buat join venture?Siapa tahu kan?Aku harap bila sekali imbas nanti kita masih kenal model baru ini adalah buatan PROTON.Aku sentiasa menyokong barangan buatan nasional.

p/s:Lepas ni kot-kot jurutera mitsubishi tiru design proton.Siapa tahu kan?

9 comments:

BENA said...

i likeeeeeeeeeeeeeeee lancer . hehehe~

Anonymous said...

kalau kacukan tu oraitlah...tpi kalau dah 80% dan rupa mcm lancer.hilang lah soul proton..tp pengguna juga untung dpt naik ala-ala lancer...hehe

jijie said...

harga nya agak-agak nak dekat sama lancer x? hehe...

'AQILAH said...

proton memang ade joint dgn mitsubishi :D aaa suka myvi lagi hee

Anonymous said...

suke la jgk lancer..mna tau pasni tru kete bmw ..hahaha

Aida Azryn said...

yup.. mmg nak seakan2 pun.. xbpe minat sgt keta 2.. huhu

Ieqa Swetluv said...

adoii x reti bab2 keter ni huk3 =(

enyheartsdiamond said...

taktau apa2 lah pasal kereta.. asal boleh bawak je sudah :p

Anonymous said...

proton ngan mitsubishi memang ade kolaborsi la ko xtau ke?..dashboard evo yg macam dashboard wira tu proton yg design, dorg pakai tuk evo skali..