head

Nuffy

Saturday, April 10, 2010

Semerah Cinta Stilleto Indah Khabar Dari Rupa


Hari ni macam biasa,setelah aku terlalu tension dengan keje tak siap2,aku ambik tindakan merbahaya,aku pegi enjoy dengan menonton wayang yang bertajuk Semerah Cinta Stilleto..Filem arahan Ahmad Idham dan di bintangi oleh Lisa Surihani(gambar gugel),Farid Kamil sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Cat Farish,Shaharudin Tamby,Nanu,Dato'Jamali Shadat dan ramai lagi.
Aku tak berniat nak memburukkan filem tempatan,tapi masih ada ruang untuk memperbaiki filem ni.Jalan cerita boleh dikatakan agak menarik tapi ending kurang memuaskan.Lisa Surihani tetap terbaik sebab aku  adalah "kipas mati keras"(die hard fan) dia.Berusaha lagi Lisa,awak memang sweet,walaupun air muka awak nampak garang tapi saya tau hati awak baik..hehe...(Dia takkan masuk sini)
Aku tak cakap filem ini teruk or sangat teruk,tapi masih ada yang boleh diperbaiki dan jalan cerita boleh jadi lebih menarik.Bagi aku kalau dalam rating 5 star,pandangan peribadi aku,aku rasa 3 setengah bintang.Tapi tak rugi korang tengok sebab boleh menyokong industri filem tempatan.Filem ni diketogorikan sebagai komedi romantik yang agak ringan,sesuai untuk tontonan semua peringkat umur dan kisah cinta pun takdelah meleleh sangat.


p/s:Kepada sesiapa yang mempunyai hasrat untuk menonton filem ni,sila teruskan sebab pandangan kita tak sama,masing2 ada pandangan tersendiri.


Kesimpulan?Kalau korang malas baca kat atas tu,baca ni:
Jalan cerita dia ok tapi macam ada kekurangan.Masih boleh diperbaiki dan taklah teruk pun.Masih boleh dilayan untuk mengisi masa lapang.

To Lisa Surihani:Awak sweet..comel2..kalau termasuk ke blog ni,sila reply yer.;)

Tukar pantun pulak

Kambing itam kencing berdiri,
Keje aku tak siap lagi...

Demmmmmm..


38 comments:

Lyana Hisham said...

baru plan nk g tgk..hehe

NAJ HEBAT said...

aku pulak kipas susah mati lisa surihani..

Pagi tadi minom cincau..
Aku nak chaw..

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Eh.. Sama laa bintang yg kita dua bagi utk review filem ni.. Saye tgk khamis yg lepas.. Huhuhu.. Betul tu.. Cite dia okey jek.. Tak de laa best sangat.. Sedang2 jek.. Heehee.. Lawak jek lebey, cinta dia kureng kot.. Tapi lisa mmg sweet.. Hik hik.. :)

Fiffy Hazirah said...

filem apa ni? x pernah dengar pun? giler aku bbrp minggu ni x amik tau hal luar.

Unknown said...

tak best ke cite ni?

p3perak said...

hoho.. bila mau study hah???

Eyqa Zaque said...

Lisa memang comey. huhu

black_mel said...

to Lyana Hisham :tgk la..sokonglah industri filem tanah air...

to NAJ HEBAT:demm..kaki kipas rupanya kau ni..hehe..

to FarhanaDr:ada buat entry ker untuk filem ni?sori..x perasan..yup2..setuju..lisa mmg sweet..hehe..

black_mel said...

to Fiffy:filem ni pernah buat tayangan amal..sama2 dengan filem lu pikir la sendiri...

to cik EPAL:ok2 jer..tgk la cik epal..cita rasa semua org x sama..

to p3perak:esok promise..start study..

to Eqah Zaque Billetdoux:billet dh pakai nama baru?hehe...yup2..dia memang comel..hehe..

noorafzan.blogspot.com said...

le..
apa yang kurang nya bro..
cite sikit..=)

black_mel said...

to noor afzan:haha...nnti citer org xnk tgk...tp ending dia mmg x best+ jalan cerita agak ringan...

black_mel said...

nk no genap....huhuhuu...tukar balik..yes...genap..

Zayani Zulkiffli said...

eh²..
crita ni bg aku best la jgk :)
tp btol la, mcm trgntung sja ending die.
tp crita ni comel.

++***hana zaty**++ said...

hepppp!!~~~
nape tgk movie itu merbahaya???????heeee~~

missgee said...

Persoalannya?
napa filem melayu selalu
indah khabar dari rupa..

P/s: Rupa cantik hati kurang lawa.. hohoho

intan izani said...

tgk trailer mcm boring je...

|.a.r.i.e.z.a.| said...

klu aku komen menyamar jd Lisa Surihani. agak2 ko dpt detect tak? hehe

Cikamikaa said...

hm, x best eh, baru nak tengok...

khaulah said...

lisa msuk sini, gerenti de ajak ko kawen..

black_mel said...

to Zayani :yup..terpulang pada pandangan masing2..tp ending dia mmg tergantung..

to ++***hana zaty**++ :;merbahaya?kenapa?

to missgee:tak pasti la..mybe pengarah ketandusan idea..

to intan izani:yup2..tp x la boring sgt...


to |arieza|:haha...berani kau menyamar jadi awek aku tu?huhu...

to Chika Ell-Q:tgk la..x rugi..menyokong industri filem tempatan..

to nawal :haha...terus aku setuju..hehe..

mas said...

x tengok gie citer ni tp tringin sngat ar nk tengok..huhuhu~~~

aneszailani said...

bsemangat nak pi tengok..huhu
lisa mmg cumel.. =)

aida said...

x brape best ye.... mjur x tgk ri tu...

scya lollita said...

oo eh ?
t nk try tgk stkat mne bestnye ;P

BENA said...

pergi berjalan ke tasik cini
dah lame tak singgah cni
hahaha~

black_mel said...

to mas:tengok la...enjoy2..leh la..

to aneszailani:yup2..dia mmg comel..lg2 kalau dia buat muka blur..hehe..

to NiNa':hehe..tgk jer..pendapat masing2 x sama...

to ╚► capital S hana ◄╗:hehe..ok2..bgus..sama2 menyokong filem tempatan..

to riBEna:pegi kedai beli sikat,cik bena sihat?

p3perak said...

nak tukar jd x genap..
hahah..

mel, study!!!

black_mel said...

genap balik...nk study la ni...

911 said...

emmm... dah lama rasanya tak layan filem2 ni. Tak salah nak sokong filem2 tempatan.....

p/s Lisa surihani tu memang sweet... ngeeee..

Mat Pian said...

tindakan yg betul tu black_mel... kalau dah tension sgt.. ko layang je apa yang patut.. sekurang2nya boleh hilangkan tension.. then boleh sambung wat keje tu..

ziha said...

huhu..tgk sebab ade lisa surihani je ke?? pendapat setiap org mungkin berbeza2..tapi kalau rasa nak menyokong filem tempatan pe salahnya.bila tgk filem mmg bukan sekadar tgk je..kena lebih dari tgk..haa macam ne tu..

black_mel said...

to suffian :yup2..baru leh smbung wat keje..kalau tak tension jer...

to ziha:ader 2 sebab..1 mmg sbb lisa,2nd lak sbb nak menyokong filem tempatan..kan ader bgtau dlm entry tu??sy pun mengalakkan org menyokong filem tempatan..kat entry pun ader kat komen ni pun sy suruh org pegi tgk..sbb pendapat berbeza dan untuk menyokong industri filem tempatan..

Ur Other Half said...

dr hari yu aku dok berkire2, nk g tgk ker x..sbbnye ak xminat sgt ngn farid kamil.hehe..so ko ckp xbper, baik xyh,aahah..save duit aku..hehe

KERAK NASI said...

http://keraknasiputih.blogspot.com/2010/04/aku-ada-klon.html

BACA ENTRY NI, MESTI KO MUNTAH...HAHAHA

Solehah said...

hehe..dpt rasa citer ni cam x best..sbb cintan2 ja..

MOMMY CGG said...

tak best ka??
CGG baru nak pi tgk:)

Anonymous said...

nasib baik heroin cun. :)

¶A.K.I¶ said...

kambeng itam tercekik kahak~
















































hak hak hak!!