head

Nuffy

Friday, April 23, 2010

Fungsi Read More dan Disable Right Click Menyusahkan

Sebelum aku meneruskan entry ni dengan panjang lebar,aku nak mintak maaf terlebih dahulu.Ini cuma pandangan peribadi aku mengenai 2 fungsi yang aku pernah buat dan ada blogger kata menyusahkan,mula2 memang aku marah jugak,tapi bila aku alami semula benda2 ni,aku mengaku memang menyusahkan.
Aku takde niat nak kata kat blog2 korang ok,kalau ada itu cuma kebetulan dan aku mintak maaf.

 Read more
Aku pernah buat fungsi read more ni dulu dan tujuan kita buat fungsi readmore ni adalah supaya page kita tak la panjang sangat dan membuatkan blog kita kelihatan kemas.Ada jugak yang menggunakan fungsi ni untuk sekadar cuba2.Walau apa tujuan sekalipun,tak ramai orang yang punyai banyak masa untuk klik fungsi read more ni dan bila ayat2 awal dah membuatkan orang taknak baca,ini akan mengurangkan bilangan orang yang nak komen blog kita.Kalau ada pun yang nak komen,cuba korang baca komen diorg,ada kena mengena dengan entry tak?Nak detect orang yang komen baca entry kita senang jer.
Just amalkan 3 langkah.
1)Buat tajuk lain(tajuk tak ada kena mengena dengan isi)
2)Isi tak ada kena mengena dengan tajuk
3)Bold isi2 yang tak ada kena mengena dengan cerita.Contoh(Kawan aku pergi jepun)
Korang boleh tengok komen yang pelbagai2,nak lagi dramatik,letak gambar tak ada kena mengena dengan entry.Macam2 komen ader,tapi untuk orang yang selalu tulis im fes,2nd,3rd...bla2..tak leh buat aper..sebab diorg komen menyakat owner.

Tapi,tak salah untuk gunakan fungsi readmore sekiranya entry kita betul2 panjang dan kita ada sesuatu yang menarik nak diceritakan.Jangan buat entry 5,6 baris pastu buat fungsi read more.


Right Click Disable
Fungsi ini pulak mengelakkan berlakunya gambar atau entry di copy paste,copy and save or copy dan apa cara sekalipun.Tapi,bila dah buat fungsi disable right click ni,sila cari html coding untuk membolehkan apabila orang klik link kat page kita tu,akan membolehkan diorang bukak tab yang baru,maksudnya apabila kita click jer link kat page tu,automatik akan bukak new page.Ini tak,bila orang baca blog kita,baru baca separuh ada link,nak right click tak dibenarkan,tapi bila klik jer,tiba2 bukak link yang baru di page yang sama.Sedangkan entry tadi tak abis baca?Kalau dia ada masa,dia akan masuk balik page kita,kalau tak?Kita dah kehilangan seorang readers.Sebab tu aku bagi jer orang right click walaupun risiko copy paste atau plagiat tu memang tinggi.Tapi,ader tapi jugak,fungsi ni harus digunakan oleh jurufoto atau novelist supaya tak di cetak rompak.

Mula2 aku buat dua2 fungsi tersebut sehinggalah ada 4,5 orang blogger tegur aku tentang perkara tersebut dan baru lah aku perasan yang entry aku dah kurang pengomen dan pembaca.So,aku remove fungsi tersebut dan yang terbaru aku remove disquss sebab,ramai yang cakap guna disquss blog jadi berat.

p/s:Bagi aku,benda apa yang menyusahkan pembaca atau follower blog aku,aku akan remove sebab memang orang cakap "ini blog aku,aku punya suka"tapi yang bacanya bukan kita sorang jer dan yang nak komen pun bukan kita jer.So kena ambil kira perasaan pembaca.

p/s:Fungsi2 widget lain macam salji, petir, hujan, guruh, kilat,(ader ker) lagu,animation mouse pointer dan macam2 lagi,tak perlu la kot.Kalau nak letak pun,jangan banyak sangat,sampai serabut.Nak cuba boleh,tapi lepas tu remove jer.

p/s:Ini cuma teguran dari aku,aku takde hak nak tegur blog korang.Aku minta maaf kalau ada yang terasa  atau tak dapat menerima teguran ni tapi teguran ni berdasarkan pengalaman aku bila menggunakan dua2 fungsi tersebut.Semuanya bergantung kepada minat masing2.Kita suka,belum tentu reader suka.Selamat berblogging,,,







13 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Same here black mel.. Ape saje yang susahkan readers perlu dipertimbangkan untuk diremove.. Lagipun, siapalah kita tanpa pembaca kita kan.. Heee..

KERAK NASI said...

ko mesti ske blog aku kan?
hahaha...

ops, tp ade lagu..hehe..

Solehah said...

yang read more tu susah jugak..sebab internet aku slow..so kene tunggu loading lagi..but kalo org tu selalu dtg n komen kat blog, ku sabarkan hati juga..

Unknown said...

view more tuh mmg la nyusahkn kdang2 nak kna tgu dia loading skali lagi bkan jiwarosak lagi dah jiwasempit dah....
tp bab disabled right click (aku guna) aku rase xda msalah kalu dia pndai guna command ble click open new windows.. coz ada stgah2 blogger kaki curi post :) (aku pernah terbace aduan blogger)

Fathiha Zainal said...

Fungsi read more tu stakat ni x mmbebankn lg. Tp.. Yg disable right click tu mmg x suke.. Huhu..

Ur Other Half said...

bro, fungsi read mor bgs..cume ko kene tgk isi konten cemane. kdg2 even content pjg berjela tapi ko pandai mengarang, dorang akan bace bro. tp klau isi pendek xperlu wat read mor pun takpe..ko kene salu update ngn reader..tk ur tym bro.. :)

|.a.r.i.e.z.a.| said...

aku setuju gak bab read more tu.. klu blogger tu yakin reader dia mmg ramai & jenis setia. then baru boleh bauat readmore.. sbb org akan nak bace jugak.. tp klu takat mcm aku.. huhh adeh.. toksah la,.. xde org sggup buang masa nk clik2 lg time nk bace penuh huhuhu disqus tu pun dh cukup kerenah :p

Fiffy Hazirah said...

haha, disable right click tu mmg wat sakit hati. bukan leh tolong elak kopi pes pn. dlu ak penah tgur secara kasar kt entry awal2 aku. xde maaf2. wakakaa

read more tu, kalau ada, mmg ak x baca je. baca setakat yg awal2 sebelum read more tu je. tenet dah la slow lembahb, nak tgu loading bukak page baru lg. mcm harem

Call me, Eyka said...

ush, betul. x suka sbnr nyer bnde2 ni..lalalaaa

shima said...

hi,salam..ya betul....
dulu penah gak rasa nk cuba read more..pastu nk disable right klik tu... bila msuk blog org nk watcamtu..aku jd geram sbb kdg x abih baca..nk tgk link yg dia bg takleh..sbb disable right click heheh

so..pengajaran situ jgn menyusah kan pembaca...

nasikputeh said...

sume yang ko x suke tu memang aku xsuke jugak.

alang2 da baca biala bagi orang bace sampai habis.. aku xklik pon kalo ade read more. mls nak tunggu.

yang right klik tu bergantung la. kalo aku ingat, ingt la.. kalo aku lupe, aku bia jela kan.. xde la aku nak carik balik..

yanamib said...

ms mula2 blogging dl pn ada guna gak read more..mmg leceh sbb nak kena tggu loading lagi..aku nk bukak blog sendiri pn jd mals..huhu~

jadilah mesra pembaca..weee~ \(^_^)/

RinnAzrinah said...

camne nak buang function read more tuh???...

disable right click punye penyelesaian senang jerr.... korang bleh guna fungsi roll yg ade kat mouse tuh... letak cursor atas link yg korang nak bukak tuh... pas tuh, click jerrr roll tuh.. x de hal laaa...