head

Nuffy

Tuesday, April 20, 2010

Blogger Datang Dan Blogger Pergi

12 November 2009 dalam pukul 4 petang,aku mula membanggunkan sebuah blog yang akhirnya aku namakan sebagai 1221steps.Serius masa aku mula namakan blog aku ni,aku langsung tak terfikir maksud 1221 tu sehinggakan ramai yang bertanyakan apa pengertian maksud 1221 steps tu.Akhirnya seorang blogger yang baik dan lebih senior telah memberikan aku jawapan.TihaZainal memberi aku idea mengatakan 1221=izzi=easy. Selepas memintak kebenaran beliau aku mula mengatakan 1221=easy. 

Entry aku yang pertama bertajuk Terus Melangkah tapi aku telah delete entry tersebut kerana terlalu banyak cerita peribadi aku didalam entry tersebut.Aku mula menjinakkan diri dalam dunia blog selepas membaca entry Thespian(Kisah Cinta), Juang Hidup(Luahan Perasaan), Cik Epal(Kehidupan) dan HBZ(Remix-xde specific ketegori).

Aku belajar daripada HBZ dan Melromeo.Melromeo pernah pesan kat aku masa aku ym dengan dia dulu"slow2,jangan kejar follower dan nuffnang,"Follower dengan Nuffnang akan datang dengan sendiri".Aku pegang kata2 beliau sehingga hari ini.Aku mula berkawan dengan semua blogger dan aku mula berbaik-baik dengan Cik Aina,Farenova,Pu3perak,Nina, HanaTantik, AriezaTheSengalGulz. AyuDeathWish ,DrFarhana, Iza, X-po, Mello, Eryqazz dan ramai lagi.Aku belajar tentang cara2 berblogging dan aku baca entry diorang yang kelakar dan berinformasi.

Kemudian aku mula berkawan dengan blogger2 yang pandai bercerita dan baik iaitu Lumut, Fhad, CGG, Ian, SiKosong, MissLolly, LiyanaHasim, IntanIzani, FatynNadia, Eryn, El dan seterusnya aku join group BTF bila aku rasa blog aku dah stabil.Aku join bukan saja2 sebab aku dah jumpa beberapa ahli BTF.Masa tu hapi betul bila diorang bercerita pasal game yang diorang main kat bilik,tukar2 hadiah,lumut nangis..hehe..dan tak lupa jugak ada blogger yang mendapat teman hidup hasil gathering tersebut.Walaupun BTF dah berkubur,kita masih boleh berbaik2,berjumpa,berhubung atas tiket kawan.

Kemudian aku jumpa pulak beberapa orang lagi kawan bermula dengan Sivv, Ribena, AppleCrispy, Frodo, Aki, Soleha, Taqie, Zack, Nawal, Ain, Eny, Hans, Aie, dan ramai lagi.termasuklah oldtrafford, erk888,yang aku selalu masuk bila ada game Man U main.Glory2.Aku suka berkawan dan aku suka baca cerita2 diorang.Dalam beberapa bulan lepas aku mula masuk blog keraknasik, penselkontot, nasikputih, afnie dan ramai lagi.Kelakar jer aku baca entry diorg,tapi ada jugak entry sedih macam nasikputih post entry "maafkan aku,sepatutnya kau lebih tahu"

Tapi,ramai jugak yang dulunya sangat aktif dah mula mengundurkan diri.Thespian,Awekvista,AyuDeathwish  berehat dan ada yang berhenti dan ramai jugak yang semakin berjaya dan ada domain sendiri(dot com) seperti Mello,HBZ,CikAina,Farenova dan ramai lagi.Baru aku mengerti,persahabatan dunia maya jugak seindah dunia realiti.Entry sedih,aku terasa sebak dan entry gembira korang membuat aku tersenyum. dan entry korang dilanda masalah,membuat aku terpanggil untuk bersedia menjadi pendengar setia.ada jugak entry gila2 yang takde ketegori dan entry remix yang membuatkan perasaan bercampur baur selain seperti di landa mabuk laut.

Tapi semua tu tak kekal sebab telah ada blogger yang kembali ke rahmatullah tapi aku tak ingat nama arwah.Ada jugak yang telah menutup blog atas sebab peribadi dan kebizian yang melanda dan ada juga yang telah berhenti berblogging disebabkan hilang minat.Blogger datang dan pergi,satu blog tutup hari ni tapi akan ada 10 blog dibuka dan dibangunkan tapi pengalaman bersama blogger tersebut takkan sama dengan pengalaman bersama blogger baru.

p/s:Kepada blogger2 lama,teruskan berblogging kerana setiap blog ada follower tersendiri dan tak semua yang follow tu akan tinggalkan jejak tapi sedar atau tidak,cerita2 korang,pengalaman korang membuatkan ramai orang ketawa dan bersedih dan membuatkan pembaca belajar erti kehidupan.

p/s:Kepada blogger2 baru,selamat datang kedunia maya.Berblogging kena ikhlas,nuffnang letakkan di tempat ke 2 dan korang akan merasai keseronokkan berblogging.Aku pun masih belajar dan banyak kesilapan yang aku buat tapi sedikit demi sedikit kita berubah.

p/s:Aku nak mintak maaf kalau ada nama2 aku tak sebut dan kalau aku silap eja nama.Sori,aku tak letak link sebab aku busy.Blogwalking pun tak sempat.Kalau aku masuk pun tak sempat komen.Sempat baca jer.Entry ni panjang mesti korang boring nak baca..hehe...

p/s:Thanx jugak sebab bagi aku semangat,korang memang baik.
Letih dah jari menaip.Nak rehatkan jari jap.takut patah..

17 comments:

Along said...

Salam....
Thanks very much black_mel. Aku telah belajar sesuatu yang amat bermakna dari entry ko ni.

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Erkkkkkk.. Rindu lak black mel lepas bace entry ni.. Huhuhu.. Semoga persahabatan kekal selamanya.. :)

Fathiha Zainal said...

Oh Mel.. Masih igt lg kamu ttg itu yea.. Terharu.. Heee.. Ape la Mel ni, itu pndpt tiha je, ade plak smpai mtk kebenaran.. Malu ai.. Hehe.. Ape2 pn, moga p'shbtn kte di dunia maya ini akan kekal smpai bila2. Happy blogging! :DD

|.a.r.i.e.z.a.| said...

hoh tu dia.. dh ramai kwn kn.. best.. nnt kwn2 ni la kita akn igt n cerita kt anak2 kita. kot2 anak2 kita nnt blogger jugak hhihihi..
oh kenapa aku the sengal gurl? hahahha ko plak the senget man? mau? hehehe

well ape2pn, terima kasih juga sbb sudi menjadi kwn aku :) smga kita terus bersahabat wlupun blog kita mgkn akn ada hujungnya nnt, tp ikatan tu hrp2 xhbs di ctu :)

p/s: mata aku pun hampir patah bace.. :p hehehehe

p3perak said...

hoho.. walaupun selalu buat onar, masih ada ruang utk berada di blog hati mu, mel..
thanks..
hahahha..


nak study bilanya ni???

deus X machina said...

huk huk
terharu gua erk888 pun ada sekali

glory glory man united~~~~

Amal said...

siv tu satu v je.

eh eh. bulu mata aku patah!

KERAK NASI said...

heeee...

heeee...

heeee...

Solehah said...

ya la..sepanjang setahun berblog, list kawan rapat yg hari2 datang pun dah berubah..

Crazee Lazzy said...

ko nak aku sedih ke gembira ngn entry ko ni? hehehe

Iza said...

Wow, ramainya kawan. Aku kena berguru dgn ko ni....

faizal said...

aku blogger sipi2 je..hehe

- said...

ntah x tau napa..
ku tersenyum ja baca entri ni
(n__n) terkesan di hati.. cewah~

nasikputeh said...

wohh.. nama aku de kat situ.malumalu.hihi

agak muda jugak usia blog ko ek. aku pun wonder ape maksud 1221 tu dan sekarang dah terjawab pon. Memang betullah ape yang tok guru ko ajar.. jgn dikejar sgt mende2 lain mcm suh klik nuff la pakse folo lah.. mcm2. kalo kita ikhlas blog mesti nampak natural kan..thanks sbb sudi kawan dengan aku...




black. aku xtaula ko ni laki ke pompuan. misteri sangat.tak kesah la. ko tetap kawan aku.

NAJ HEBAT said...

blogger dtg.. blogger pegi.. sounds very the very touching bro..
haha..

rilex, aku akan setia kat blog ni no matter what happen..

okeh! aku da dtg.. and now aku nak chow..

Aina Rahman said...

mel..sedih lak aina baca entry ni. menda ni la yang aina pendam selama ni. blogger datang dan pergi..dan hari ini xkan sama mcm semalam.

bagi aina, ms dulu adalah kenangan yang tk mungkin aina lupa. rindu kepada rakan2 blogger yang lama. yang mana di awal penglibatan aina dlm berblog, dan ms zaman gemelingan klik2 nuff dlu..hehe.

sekarang semua orang pun bz, tutup blog dan macam2..sedih =(

Cheese Monster said...

aku outstation. dah jarang nak mencarut. nanti la. o0o. fhad dlm kategori blogger baik? mari muntah ramai2.