Hari Isnin..Pagi yang cerah..Tiba2 kelas batal.So aku nak bangkitkan persoalan disebabkan member aku yang mangkuk tahap dewa.Korang penah guna short form tak?Kira ayat2 yang diringkaskan.Sebelum aku cerita pasal mangkuk yang send short form tu.Aku bagi contoh short2 form yang penah aku dapat.Kat sini aku listkan short dengan long form skali.
FYI=For Your Information
WTF=What The Fish(F tu aku ubah takut kena banned dengan proxy kolej)
WTH=What the hell
TQ=Thank You
TC=Take care
FCFS=First Come First Serve.
List2 yang kat atas tu short2 form yang kita selalu guna dalam hidup kita ni.Banyak lagi.tapi aku tak larat nak list banyak2.Tak termasuk dengan budak2 yang addict dengan game DOTA.Sebab diorang punya short mmg short.Short form paling panjang penah aku dapat dan aku guna lak ialah:
BSUBSICUB4=Be As You Be As I See You Before.
Tu kira short form yang paling panjang la penah aku dapat.TAPI semalam ader mangkuk ni send sms kat aku.
WHBTCRCN?KHB,JKPTWKG.?????????
Apa jadah member aku send ni?? kalau bagi kat sherlock holmes pun,aku rasa dia tak dapat tafsir.So terpaksa la aku bazirkan kredit aku untuk tanya balik aper la member mangkuk aku ni nak.Pastu dia reply.Lepas dia reply jer,aku rasa kasut aku ringan jer nak hinggap kat pipi dia.Ni mesej dia.
Ni translate long form dia:
Woi,hang balik tak cuti raya cina ni?Kalau hang balik,jom p tengok wayang kat gurney.
Cilakak betul member aku,angka lapan betul dia.Ingat aku ni apa?Nak short form pun agak2 la. Buat abis kredit aku jer.Nasib baik dia cakap gurau2.Kalau dia send mesej ni sebelum mid term aku.Memang dia tengok wayang kat hospital la jawabnya.
So.kesimpulannya.nak short pun jangan la pendek sangat.Nak jimat sms space konon.Ingat orang paham ker kalau hantar mesej macam tu.Gila betul member aku nie.So,orang pegi raya cina,aku nak pegi tengok wayang.