head

Nuffy

Monday, February 15, 2010

Pemancing Yang Dengki dan Pemancing Yang Sabar

Semalam abis jer aku post entry aku,aku pun keluar dengan member aku,ingat nak pegi tengok wayang,sekali wayang penuh la.Last2 pegi makan mcdonald jer.Abis makan terus balik umah.Nak keluar berjalan2 kat shopping kompleks pun aku jadi rimas sebab orang ramai sangat.Macam baru dapat gaji jer.

Petang dalam pukul 6 lebih,bapa aku ajak pegi mancing kat kolam ikan air laut.Aku ni kalau mancing free bole la.Ni kalau nak mancing kat kolam kena bayar,aku fikir banyak kali jugak.Takpe la,aku decide pegi teman jer,bapa aku bagi nak bawak pancing masuk.Tapi dia nak duduk 8 jam kat kolam tu.Kalau ikan makan takpe.So,aku just pegi teman jer bapak aku dengan 2 orang adik aku.

Dah lama tak duduk sama2,sembang dengan bapak aku.Masing2 sibuk dengan aktiviti masing2,bapa aku busy dengan kerja dia dan aku lak busy study.So bila aku balik penang dan kebetulan dia cuti boleh la aku teman dia.Kami berkongsi hobby yang sama.Cuma aku tak suka mancing ikan air tawar dan aku pun tak berapa minat pancing ikan kat kolam.

Sepanjang 8 jam aku duduk kat kolam mancing tu,aku tengok,memang ramai kaki2 pancing ni yang dengki.Pantang ader orang dapat ikan jer,mesti ramai kaki2 pancing yang berkumpul pancing keliling dia.Kolam tu aku rasa panjang dia dekat 300meter jugak tapi semua nak baling umpan tempat yang sama.

Ader 1 situasi tu,mamat dapat ikan tu baru jer naikkan ikan,pastu tukar la umpan.Sekali nak baling umpan jer,tempat dia dah penuh.Orang2 dengki ni memancing kat tempat dia.Tapi aku tengok mamat tu cool jer,dia pun pindah tempat.Betul orang cakap,kaki pancing ni memang penyabar.Tali pancing bapa aku bersimpul dengan pemancing lain dekat 5 kali jugak.Bapak aku pun cool jer aku tengok.Sebab tu aku tak suka pancing kat kolam.tali selalu simpul dengan pemancing lain.

Last2,kesudahan dia,8 jam duduk aper pun tak dapat.Tapi takpe,adat memancing.dapat rasa ikan tarik pun dah happy.Aku lebih suka pancing kat tepi pantai or mancing udang kat muara sungai.Conform tali tak berbelit,kalau sangkut pun kat batu jer.Aku cuma nak nasihat jangan la dengki2.Memang ader lubuk2 ikan kat kolam,tapi first come first serve la.Kalau dah datang lambat,duduk sebelah2 jer dah la.Ni tali bersilang2 nakkan lubuk tu tapi serius aku respect sifat2 penyabar kaki pancing...