Semalam aku teman member aku pegi potong line streamyx sebab perkhidmatan yang kurang memuaskan walaupun kena bayar mahal.Tiba2 aku berjumpa dengan kawan lama aku yang dah 8 tahun tak jumpa.Budak pandai kelas aku.Rupa2nya tak semua kawan2 aku berjaya.Dia terpaksa menolong bapanya berniaga disebabkan bapanya yang uzur,walaupun dia pemegang diploma kejuruteraan mekanikal.tapi aku tengok dia bahagia dan happy.Ader hikmah disebalik kejadian.Mungkin dia tak ada rezeki dalam bidang kejuruteraan tapi aku percaya rezeki ada di mana-mana.
Hari ni pulak,aku jumpa kawan sekolah aku.Kami sama2 satu kos,satu dorm dan masuk PKBM bersama2.Memang dia senget sikit banyak dan kalau dia cakap mesti sindir2,tapi aku tak kisah sebab dia paham erti persahabatan dan walau pun otak dia tak center,dah rezeki dia,dia dapat pikat budak baru abis spm.Haiz,makan mangga muda la ko tu.Cantik lak tu.Seyes aku jeles.Senang2 jer dia tackle budak sekolah sekarang ni.Hope diorang kekal ke anak cucu.
Aku mesej jer diorang yang aku dah ada kat penang,terus diorang sanggup datang ambik aku.Langsung tak berkira.Bertuahnya aku ader 2 orang kawan baik ni.Tapi aku percaya,tak lama lagi semua akan berubah bila masing2 dah kawin dan terpaksa memberikan keutamaan dan komitmen kepada anak bini mereka.Tapi aku tak salahkan mereka sebab itu tanggungjawab dan aku pun akan buat benda yang sama..Memang hidup selepas kawin lain dengan sebelum kawin.Aku cuma mintak satu jer,jangan terus pinggirkan kawanmu ini.Paling kurang pun,mesej pun jadi lah.
p/s:Dua benda yang aku nak tekankan,jangan salah memilih kawan dan rezeki jangan di tolak.