head

Nuffy

Friday, December 11, 2009

Jangan berlagak

Hari Jumaat


Hari baik ni aku tak buat entry berbentuk humor,macam biasa hari jumaat entry lebih kepada
kisah-kisah teladan.Jangan gelak lak baca entry kisah teladan,kita kena serius.Sebenarnya kisah
yang aku nak cerita ni adalah kisah sebenar dan bukan rekaan tapi oleh kerana aku ubah nama, tempat dan beberapa maklumat lain,jadi kisah ni jadi kisah separa benar.Maklumat betul aku tak bole bagi sebab menjaga sensitiviti dan perasaan kawan2(kot2 dia baca).


Kisah bermula....

Kisah ni terjadi beberapa tahun yang lepas,1 keluarga terdiri daripada ibu,bapa dan anak 3 orang. Anak kedua dia amir(bukan nama sebenar) ni kawan baik aku.Abang dia,Aizat(nama tipu jugak),aku kenal la, sebab aku selalu pegi umah dia.Amir dengan aizat ni dah keja,tinggal adik dia jer belajar lagi.Si Amir ni memang anak yang baik la,dapat duit gaji jer dia belanja family dia,si abang ni lak simpan jer duit untuk diri sendiri,bukan kedekut,tapi simpan duit nak kawin sebab dia dah bertunang

Ayah diorang ni pesara kerajaan,tak berapa sihat,so bila nak pegi market ker,balik kg ker,hantar adik tusyen ker,ape2 ker,dia mintak tolong dengan anak2 dia.Tapi yang bole di harap ni kawan baik aku jer,sebab si abang ni rajin keluar dengan kawan2,so ayah dia ni selalu la marah2 dengan aizat ni.Aizat ni lak jenis kuat melawan.

Satu hari tu,ayah ni beli la kereta(proton saga model mula2)2nd hand la.Ayah diorang cakap,beli kereta ni senang la korang hantar adik ker emak ker pg mana2,tapi aizat ni guna kereta tu pegi jumpa kwn2,so bila nak antar adik tusyen kena call suruh dia balik,lepas tu kena membebel la sikit.

Last2 si aizat tension,dia beli kereta sendiri,pastu cakap kat bapak dia,dia takkan guna harta bapak dia sebab bapak dia selalu marah2. Si ayah dengan mak ni pun terguris jugak la bila aizat ni cakap macam tu.So kwn aku si amir ni la kena hantar diorang pegi mana2. Aizat ni lak,balik umah untuk tidur jer,pastu keluar(konon mogok skit)

So di pendekkan cerita,beberapa tahun lepas tu,ayah diorang ni meninggal.Si abang ni sedih jugak la,tapi ego dia tetap ada,yang dia takkan gunakan harta ayahnya.Tapi Allah maha kuasa,tiba2 abang dia kena buang kerja,2,3 bulan menganggur,kereta kena tarik.Duit yang dia simpan untuk kawin pun dah abis,tunang dia dah bising sebab dah bertunang 2 tahun tapi tak dengar cerita nak kawin2.

Memang aizat ni kena uji betul2 la,Last skali mak dia bagitau,arwah ayah dia memang ada simpan duit untuk si aizat ni kawin dan dengan kereta arwah ayah dia ni lah dia cari kerja.Amir member aku ni dapat kerja lagi bagus,dia beli kereta lain.Kereta arwah ayah ni,si aizat ni lah
yang guna. Baru lah si abang ni menyesal tak sudah.Dah la pakai kereta ayah dia yang konon dia tak nak naik tu,kenduri kawin pun pakai duit ayah.


Tapi syukur la sebab aizat ni dah insaf,hari raya hari tu pun dia tolong buat ketupat,dah ada anak sorang pun.Sampai sekarang pun dia guna kereta tu.


p/s:sekarang diorang dah ok

p/s:sori la..tulisan buruk+jalan cerita tak best sebab nak cari idea nak pendekkan cerita dgn maklumat kena cover2.

p/s:next time aku suruh pemilik cerita jadi penulis undangan.

22 comments:

Unknown said...

Bile baca cite nih, deco terasa mahu mohon ampon-maaf kat parents tika ini juga..tp mereka tiada di rumah tika ini..cite nih membenarkan statement yg pnh deco baca"...diamnya bapa dengan tindakan kita bukan bererti dia redha tetapi jiwanya menanggung lara yang tak mampu diluahkan dengan kata.."

footnote: cuba letakkan kedudukan kita di tempat mereka,apakah yg kita rasa?

black_mel said...

Decorater [MisS N]:yup..sayangi diorang sementara diorang masih ada.

Anonymous said...

ko ke aizat tu?
wakakakakaaa~
wey~
tak tau nak komen ape sbb aku tak rapat ngan fmly aku
so~
gud luck to aizat

Aina Rahman said...

sob..sob..
sesungguhnya janganlah kite riak n takbur akhlak..heheee

black_mel said...

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ :haha...bkn aku la...kwn aku..

black_mel said...

Cik aiNa:btul tu cik aina,,,;p

DilOt said...

nasib baik kita saga, kalau kereta volkswagen yg lama tu...lagila susah...

black_mel said...

DilOt:hehe..yup2..tp kalau volkswagen lama tu lg bgus..hehe..

xxAdmin said...

tak pe tulisan ko not bad gak.ok..
aku paham citer ni..hehe..
tapi menyesal pun tak gune sebab ayah dia dah meninggal dan dia telah derhaka gak la ngan ayah dia ni..urmmm

:)

black_mel said...

Zat:yup..xpe..pendapat masing2...ayah dia dh meninggal..so dia kena jaga la mak dia elok2..klau xnk pisang berbuah 2 kali..

FR said...

ana harap sgt
ana takan penah wat cmnie
kat mama nan abh .
aamin :)

mas said...

semua yang jadi kat si abang tu balasan Tuhan...sapa suruh dia menguris perasaan mak bapak dia...tapi alhamdulillah dia dah insaf...

cerita nie mmg boleh buat pengajaran untuk kita semua...good story

black_mel said...

fathiahRAIHANA :amin~~ mntk2 jgn la..kesian kat diorang..

black_mel said...

mas:yup..alhamdulillah dia dh insaf..skrng lebih bertanggungjwb..

Anonymous said...

hurm bila bukak citer cm nie sedih la pulak...
abg aku pun bleh dikategorikan dlm golongan yg bodoh sombong gak...

tp xreti2 nak insaf..
lain lah si Aizat tu,
dia sedar ape yg dia dh buat..
abg aku nie??
hampeh jerk!!
hantuk kepala kat dinding 100x pun tetap cm tu..

cuma aku boleh doa je perubahan dia tu,
harap2 sblm ayah xde dia dh sedar..
xnk la smpai kes menyesal seumur hidup kan...

black_mel said...

zaza:yup...tp ssh nk timbul keinsafan ni...selalunya,org lebih menghargai sesuatu bila benda tu dah xde..sama mcm org..bila dh xde,baru nak hargai..

Cheese Monster said...

hang pakai la pembaris. baru lurus sikit cerita ni.pening2..dahla aku tak cukup tido.

black_mel said...

hBz;haha...hampeh...pg la tdo..aku baru bgn.

p3perak said...

come again...
mak kita pernah nangis sbb
adik2 lelaki kita..
bila la diorg ni nak insaf2..
~out of topic..

ego mne pn, mak ayah no 1..

cerita di atas merujuk kepada sesuatu yang diberi oleh ayah kepada anak, maka hadis ini pula merujuk kepada sesuatu yang sememangnya dimiliki oleh anak, lalu diminta oleh ayah. Hadis ini dimulai dengan pengaduan seseorang kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.” [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 2291]

renung-renungkan maksud yg tersirat..
Wsalam..

black_mel said...

p3perak :yup2..nice comment...btul tu..klau nak ikut pengorbanan ibubapa kita,harta pun xcukup nk balas pengorbanan mereka tu..

she said...

cite yang padat,mantap,ketat,manpat dan sendat!
motif tercapai.
nasib baik insaf...
hmmm......

black_mel said...

she:haha..thnx2...