head

Nuffy

Thursday, December 24, 2009

Babak wajib dalam drama dan filem


Sempena cuti semester nak abis ni,aku nak buat rumusan aku sendiri sepanjang pemerhatian aku masa cuti2 sebulan ni.Kalau nak ikutkan,dah lama aku nak post benda ni,tapi saja la aku tunggu sampai hari ni,kot2 la dah berubahkan,tapi still sama.

Korang penah tengok tak drama atau movie tak kisah la dari malaysia ker,antarabangsa ker genre seram ker,komedi ker,seram sejuk ker semua genre,mesti ada babak ni.Babak makan-makan.Babak ni dalam drama melayu paling banyak.Pantang la drama melayu ni kalau nak bersembang jer mesti kat meja makan.tak kisah la kat kedai mamak ker,kat umah ker sampai muak dah aku tengok.Wajib ker kalau nak sembang2,bincang masalah family kat meja makan?.Mesti orang2 tua diorang tak pesan kat diorang kan."Cu,jangan bercakap masa makan"Inikan adab.Takpe la,maybe terlepas pandang kot.

Lagi satu drama2 indonesia yang meleret2 tu,sampai 200-300 episod.Drama diorang ni macam ader tradmark sendiri lak,kalau babak2 suspen mesti ader slow motion zoom in/zoom out.Aku ader jugak tengok sekar.Mula2 ok jugak,tapi lepas 2,3 episod,banyak lak konflik dia anak hilang,kena canser,adik jeles,mak mati,nenek pungut,jejak kasih,hilang ingatan,pastu ingat sikit2,pastu lupa balik,macam2..last2 malas aku nak tengok.Lagipun cuti sem dah nak abis.So aku tengah enjoy puas2 sekarang ni.

So,sapa2 yang rasa aku cakap ni tak betul,korang boleh nilai sendiri nanti,maybe tak semua tapi dalam 80% atau lebih(dalam exam A nie) drama melayu,ader babak makan2.Kalau drama indonesia lak,99% ader slow motion zoom in/out tu.Kalau aku silap,abaikan jer.


p/s:cuba ubah babak makan2 dalam drama melayu jadi babak jogging2 bersama.Baru gaya hidup sihat.

p/s:Memang bukan drama melayu jer ader babak makan2,drama antarabangsa pun ada tapi aku just nak fokuskan untuk drama melayu.Maybe pengarah dah takde idea kot.

27 comments:

farenova said...

a ah betul tu.... drama melayu memang banyak scene makan-makan. Orang melayu kan suka makan. Terlalu banyak resipi. Kalau kita perasan lah kan, banyak blog-blog yang citer pasal makanan, resipi, jalan2 cari makan dan semua citer pasal makan. Dalam drama kadang2 lepas makan diorang pegi makan angin pulak. Lepas tu makan hati, pastu makan kawan.
Makan dalam drama ni memang dah sebati. Citer pasal makan ni makin menjadi-jadi masa bulan puasa. kalau bukak tv, boleh dikatakan 80% rancangan masakan.
Ntah la tak tau nak cakap apa. Yang penting saya daripada kecik dah terdedah dengan permainan kanak-kanak iaitu "main masak-masak".

Masak-alah jugak!

black_mel said...

farenova:hehe...masak-alah?dh lama blajar masak2...mesti pandai...hehe..yup2..bnyknyer makan2 kan...

aida said...

sedap2.. pelakon leh mkan pree.. hehe

sbb nak nmpk suasana kekeluargaan kot.. tu yg wat scene kat meja makan

Anonymous said...

aku tak suka tgk drama melayu
cam bosan
citer lebey kurang je sumer
cam bangang

nn said...

cliche semua tu. but cliche is cliche because it works.

cintaKusayangMu said...

klu ikut org2 tua mmg xleh ckp ms mkn..tp klu ikut sunnah Nabi digalakkn bercakap masa makan..tu yg qis bljr la ms sekolah agama dlu...

black_mel said...

NiNa' :haha...btul2...mkn sedap2 lak tu..untung pelakon2 skrng nie..

black_mel said...

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ :hurm..mmg..aku pun x minat sgt...tp kalau dah xde movie nak layan,aku tgk jgk..

black_mel said...

_Yaya_:hehe...yup...mkn mmg lumrah hidup..smpai terbawak2 dalam filem..

black_mel said...

nn :yup..sometimes its work..tp jgn kerap sgt..

black_mel said...

cintaKusayangMu:oooo....baru paham...mmg digalakkan..ok2..thnx..baru tahu..

sukiminna said...

aku nak jadi pelakon gak ar...dapat byk makan.

//sedapnye org blkg umah aku ni masak kari..bau smpi bilik aku seyh

black_mel said...

sukiminna:haha...suki...sedap mintak..nnti kempunan...

Aina Rahman said...

org melayu kte mmg suke makan..hahaa.

haish..bile la nk berselera balik ni..

black_mel said...

Cik aiNa:haha..rugi cik aina x makan..nikmat tu..

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Aiseyyyy.. Gambar tu yg tak tahan tu.. Roll smpai abes... Wakaka.. ;p

~ mgkn sebab malaysia ni bnyk mkanan sodap2 kot.. lgpn artis tak cukup energy, smbil makan smbil dpat enerdy utk brlakon.. badan pn sehat.. ahaks..

Rash said...

yg citer indon tu sy setuju..
mase tgk bawang putih bawang merah... satu scene suspen tuh ntah bape kali die zoom... naik boring nk tggu next scene..

black_mel said...

Farhana:haha..awak org pertama yg tegur pasal gambar..;p

x cukup energy?diorg mcm dh terlebih energy jer,siap gaduh2..hehe..tp maybe la kot..2 dalam 1..sblum blakun x lunch..so take lunch dlm filem..hehe..

black_mel said...

Rash :yup rush..konon dia buat mcm tu kita suspen la jugak kot..padahal lg menyampah ja..

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hahaha.. Seyes gmbar tu lawak.. Lagipun, saye suke bace entry tgk dulu gmbar.. Sbb gmbar tu mst bawak makne.. Takkan tepek suke2 jek kan.. Heehee.. ;)

~ sndiri edit ke? ;p

black_mel said...

Farhana:hehe...edit skit jer....just letak text..

.millalara. said...

huuuu~ tenok sekar 3 episod je kot.. pastu muakk ohh... tak larat nak ikut dah.. huuu~

black_mel said...

.millalara. :haha...xyah tgk...x best...citer dh merepek2..;p

Aku X-PO said...

mmg meluat pun tgk drama melayu dengan indon..sama je sume, xda idea yg bagus2 lg ke ek diorg ni

Dak Wan® said...

Hehehe. Drama berjoging ramai2 sambil bincang? Kos tinggi tu... sebab cameraman dgn crew sumer kena joging gak. Hahaha

black_mel said...

Aku X-PO:haha..aku pun boring gak..tambah2 bila aku tau episod dia nnti smapi ratus2..conform citer merepek2...

black_mel said...

Dak Wan:haha...btul gak tu...xpun buat la drama bersembang tepi pantai..ok gak tu..