head

Nuffy

Thursday, August 1, 2013

Tepung Talam atau Seri Muka

Gambar Sekadar Hiasan(Ambik Kat Google)


Bulan puasa atau bulan tak puasa kuih tepung talam atau seri muka ni memang menjadi kegemaran aku. Kalau aku pergi bazaar ramadhan, makanan pertama aku cari kuih ni la. Kuih lain bukan tak menyelerakan atau bukan aku tak makan, tapi tekak aku ni suka kuih ni jer.

Tersebutlah kisah bulan ramadhan tahun ni bazaar bukan lagi tempat aku mencuci mata macam tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni Ramdhan hari ke 5 atau ke 6 baru aku teringin pergi. Macam biasa, mata aku melilau mencari anak dara makcik yang menjual kuih ni. Pucuk dicita ulam mendatang, turun jer kereta, nampak makcik ni jual kuih muih dalam talam.

Dengan ramahnya aku macam iklan dalam tv1 atau tv2 "budi bahasa budaya kita" tu aku bertanya. "Makcik, kuih ni seketul berapa"? Dan dengan senyuman manisnya dia menjawab "Sepotong RM1". Maka terkejut beruklah aku kat situ dan dengan tersipu aku beredar. Kalau aku beli pun buat sakit hati, jadi berjalan lah aku lagi kehilir bazaar ramadhan sambil terfikir setahun berapa kali makcik tu pegi haji?.

Dipendekkan cerita, selang 6-7 buah gerai, ada awek indon jual kuih ni jugak 5 biji RM 2 kecik sikit dari kuih makcik tadi. Benda yang aku nak cerita kat sini, kalau boleh aku nak tolong warga tempatan, tapi kalau dah cekik darah, baik aku beli kat indon. Rasa tak jauh beza pun dari orang tempatan punya kuih.

p/s: Hari ni 23 Ramadhan, aku singgah lagi kedai makcik kuih RM1 seketul tu. Saja tanya harga kuih dia. Alhamdulillah, dah turun 2 potong RM 1 tapi aku tetap tak beli. Aku beredar sambil tersenyum.

p/s: Sebab apa kuih ni dipanggil tepung talam? Sebab masak dia dalam talam tapi sebab apa kuih ni dipanggil Seri Muka? Kalau tak sedap sapu kat muka sendiri,nampak berseri2.

p/s: Nenek aku pun suka kuih ni rupanya. Meniru betul nenek aku. Cari la kuih lain.


3 comments:

p3perak said...

barang mahal, harga pun sume markup la.. next ramadhan boleh try buat kuih ni.. hihi

cucu kesayangan nenek kan, padan la favorite pon sama juga.. =)

raya balik mana?

Kelly Tanoto said...

www.indobet77.com

Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

New Promo ( khusus produk 998bet )
- Bonus 100 % New Member sportsbook ( 998 bet ) .
- Bonus 100 % New Member Casino ( 998 bet ) .
( Syarat dan Ketentuan Berlaku )

Promo Terbaru :
- Bonus 10% New Member Sportsbook ( SBObet, IBCbet , AFB88 ,368bet , M8bet , 998bet )
- Bonus 5% New Member Casino Online ( 338a , 1Scasino , Asia8bet , CBO855 )
- Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas ( TangkasNet , 368MM , 88 Tangkas )
- Togel Online ( Klik4D )
- Sabung Ayam ( New Produk )
- CASHBACK untuk Member
- BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : indobet77_sb2@yahoo.com
- EMAIL : indobet77@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7238
- WECHAT : indobet77
- SMS CENTER : +63 905 213 7238
- PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

Salam Admin ,
http://indobet77.com/

Trash Up said...

Enaknyoooo...
Kontraktor Pameran
Jasa Pembuatan Booth Pameran