Aku ingatkan dalam dunia blogging jer aku berubah,rupa-rupanya dalam dunia realiti pun ada yang perasan perubahan aku.Dalam minggu ni aku tak banyak bercakap.Aku baru jer baik dari demam selama 4 hari yang teruk.Aku terpaksa berselubung dengan toto(bukan nombor ekor) walaupun aku dah tutup kipas bilik aku.
Walaupun demam dah sembuh,aku belum lagi sihat sepenuhnya disebabkan aku masih lagi batuk-batuk.Dah abis 2 botol bena expectorant dan suku botol ubat batuk cap ibu dan anak.Alhamdulillah ada sedikit berkurang walaupun batuk tak berenti jugak.Aku rasa lepas ni aku nak kena beli ubat batuk besar botol mineral tu baru cukup.
Tadi masa dalam klas,ada seorang budak kelas aku tegur cakap aku sombong.Dia tanya sepatah aku jawab sepatah.Macam aku cakap tadi,aku batuk-batuk,so tak selesa aku nak bercakap banyak-banyak.Aku nak terang panjang lebar kat sini pun dia bukan tau aku ada blog.Takpa lah,nanti aku dah sembuh aku blanja korang air suam.
Malam ni takde cerita apa-apa sebab esok aku ada test.Apa-apa pun sebelum aku terlupa, sila baca entry nuffnang tentang A nuffnang community,secara ringkas nuffnang bagi amaran secara lembut supaya jangan main klik-klik.Bahaya sebab boleh di ketahui dan yang paling penting dah melanggar syarat perjanjian.