head

Nuffy

Monday, September 12, 2011

Masa Untuk Beli Handphone Baru

Bila orang sebut tentang gadget ni aku memang ketinggalan sikit bukan sebab tak minat tapi aku tak mampu lagi nak ikut perkembangan teknologi moden sekarang.Macam yang aku pernah cerita kat entry lepas, aku masih menggunakan N73 dan N70.Sesiapa yang tak pernah tengok handset ni,korang boleh tengok pic kat bawah.

Nokia N73

Model ni aku beli mahal masa dulu.Awal tahun 2008 kalau aku tak silap.Masa tu harga dia RM1500 kalau tak silap.Penat kumpul 2 bulan gaji.Sekarang ni hp ni button tengah2 dia dah rosak.Aku tak tekan,baru sentuh jer dah click.Sikit lagi aku nak campak kat dinding.


Nokia N70

Yang ni aku beli kat kawan aku.Dia nak tukar handphone baru,kebetulan masa tu aku tengah mabuk nombor telephone,so ada extra prepaid,takde hp jadi aku pun beli hp dia.Dia jual RM400 kalau tak silap.Hp ni tahun 2007 kot aku beli.Problem sekarang,vibrate ader,tapi slow.Kalau kentut pun kuat lagi vibrate dia.

Dengan hp aku yang buat perangai ni,aku pun balik umah,mintak izin kat bapak aku nak beli hp baru.Selepas mengadakan discussion yang agak lama,so dia pun memberi kebenaran aku membeli hp baru. Kalau ikut angan-angan memang aku nak beli hp kat bawah ni..

Samsung Galaxy S II

Nokia dah bosan,Sony Ericsson tak minat,HTC kakak aku dah guna.So, buat masa ni yang memang berkenan sangat-sangat hp SGS2 ni.Harga boleh tahan,tapi aku kalau jangka masa panjang,insyaAllah aku guna 2,3 tahun hp ni.Nak beli memang boleh,tapi lepas ni aku kena beli stock meggi banyak2 la.

Ada kawan aku cadangkan aku suruh beli galaxy tab.Tapi aku tak minat besar-besar sangat macam tu.Nak letak dalam poket memang tak boleh sangat-sangat. Kalau aku nak beli pun,tunggu aku dah dapat kerja nanti.Agak-agak duit ada banyak terlebih,boleh la beli 1.So,this week or next week aku nak survey harga hp ni.Harap-harap boleh jadi kenyataan.

p/s:Gambar google.

5 comments:

Umie Nadhirah said...

Oh tidakk.. jangan makan maggi..

wachak said...

Jika ikut hati nanti mati. Beli ikut keperluan dan kemampuan. Tepuk dompet lihat isinyer be.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Sia beli hahhahahahahahahha ! Samsung tu power !

h4ni3 said...

heheh.. jgn la sampai kena beli stok megi banyak2.. tak membesar nanti! ;)

Anonymous said...

fulawei padahal dah beli S2 tue..kui90..