Perghh...tajuk bi...
Topik hari ni Jangan Menilai Seseorang Itu Dari Segi Luaran Sahaja.Malam ini adalah malam terakhir aku bermalam di Batu Pahat dan aku baru selesai berkursus selama satu bulan.InsyaAllah, sekali lagi kalau aku bermalam di Batu Pahat ni, pada masa tu aku sudah bergelar graduan.
Ok,berbalik kepada topik hari ini yang ada kena mengena sedikit dengan video di atas, disebabkan course IT mempunyai empat major,jadi kami tak berapa mengenali antara satu sama lain tapi Alhamdulillah,aku bersyukur kerana kursus yang aku join tu menggabungkan keempat-empat majoring ini.
Tapi kejadian salah penilaian yang dibuat oleh member aku membabitkan seorang perempuan yang berlainan majoring membuka mata aku.Dia ni seorang freelance model.Kawan aku pernah cakap "Ko tengok minah tu,sombong betul,baru jadi model sambilan dah berlagak". dan aku mengaku terdetik jugak kat hati aku dia tu memang berlagak tapi dengan kebesaran Allah,budak perempuan tu pun masuk kursus yang aku sertai dan memang kenyataan itu meleset sama sekali.Pertama kali aku tegur dia lepas tu,kami dah jadi kawan baik dan banyak benda yang aku tak tau,dia tolong ajar aku masa kursus tu.So,dia memang baik dan tak sombong kalau kita kenal dia.
Black Mel cakap:
So,jangan menilai seseorang tu kalau kita belum kenal dia betul-betul.Korang tak tegur,mana tau budak tu sombong.Korang tak mintak tolong,mana tau budak tu berlagak?So..apa2 pun..enjoy this video...
5 comments:
Kesimpulannya,
Kenal orang tue dulu..
Baru bulih nilai dia tue baik atau
pun buruk :)
haddoiiiiiii . best tgk vdeo tuh . hehehe ;)
x knl maka x suke . heeee ;)
aku sombong... :p jgn tegur.. hehehe
org yg ngtve thinking slalu salah judge hmm
kekeke, mat luthfi de besh ! Jgn nilai org ikut mata !
Post a Comment