head

Nuffy

Monday, June 27, 2011

Sekarang Dah Rasa

Sama ada kebetulan atau tidak, sekarang dah bole rasa kenaikkan harga barang makanan kesan daripada kenaikkan minyak hari tu.
2 hari lepas,pegi kedai makan tiba-tiba,signboard harga makanan dah diturunkan.Kalau berdasarkan signboard tu harga nasi goreng cina(kosong jer pun) berharga RM3.00 tapi sejak bulan lepas dah bayar RM3.20sen.Tak perasan bila harga dia naik tapi yang pasti dalam bulan lepas or dua bulan lepas.Semalam pergi harga dah naik RM3.50.

RM3.50 memang murah kalau di Kuala Lumpur, tapi kalau kat parit raja ni dengan kedai pun xde kipas or aircond,gerai tepi jalan jer,agak terasa jugak la kenaikkan harga tersebut.Lagipun kawasan berhampiran dengan universiti patutnya harga kena agak murah berbanding tempat lain,tapi nak buat macam mana,nak tak nak harga kena naikkan jugak sebab harga bahan mentah dah naik.

Nasib baiklah aku cuma tinggal 2 minggu jer sebelum start praktikal,so, 2 minggu ni terpaksa berjimat cermat dan serius,pinjaman rm3500 satu semester dah tak releven tambahan pulak bagi universiti-universiti yang ada semester pendek.Kesian kat mak bapak yang berpendapatan bawah RM2000 dan mempunyai tanggungan yang ramai.

p/s:Harga barang naik dah tak boleh nak buat apa-apa tapi duit pinjaman kena naikkan jugak baru tak terasa kesan penyelarasan harga minyak.

4 comments:

missgee said...

Kalo macam tue..
Gaji kakitangan awam pun
perlu dinaikkan..
Kesian kat yang ramai anak tue..

'AQILAH said...

yelah..barang naik tapi pinjaman,gaji tak naik2, pengsan..

Ibu Ammar said...

KL standard nasik goreng semua kedai makan 4ringgit.. kalau mahal pun nasik goreng USA maybe 5.50

skang semua dah mahal melambung2. apa pun mahal

|.a.r.i.e.z.a.| said...

kedai 1 malaysia heheheh tp ada 1 je takat ni hahaha menapak la kan nk ke sana semata2 nk angkut brg2 murah :p