head

Nuffy

Tuesday, June 14, 2011

Open Minded La Sikit

Korang ingat tak aku penah cerita pasal aku pegi kenduri tunang orang Parit Raja, Batu Pahat  kat SINI. Aku nak tambah sikit cerita dia, aku rasa kebanyakkan ibu bapa sekarang ni dah tak kisah kalau anak diorang bermanja-manja dengan orang yang bukan muhrim.

Sebagai contoh pasangan kat kenduri tersebut yang baru melansungkan pertunangan, pastu diorang pun duduk kat meja makan pastu pegang-pegang tangan,gurau-gurau,peluk-peluk dan tampar-tampar pastu sedara mara diorang pun usik la couple tu,

Saudaramara:Haippp...Baru bertunang,belum ada lesen nak pegang-pegang.
Pasangan tunang tu pun malu-malu tapi tiba-tiba mak perempuan tu cakap
Mak Perempuan:Alah,,open la sikit...setakat pegang pegan tangan, peluk-peluk sikit, takpe makcik benarkan.Biasalah orang muda sekarang ni..bukan macam orang muda dulu-dulu...kan?(makcik tu tanya kami)

Kami pun sengeh-sengeh malu tapi dalam hati aku?WTH????? Apa ni...zaman sekarang berubah sampai macam tu sekali..takkan lah mak bapak dia pun dah benarkan sampai macam tu sekali. Kalau depan pun mak bapak dah bagi lain pegang-pegang,peluk-peluk,kat belakang dia agak-agak macam mana?

Bagi aku, memang pemikiran aku agak kolot sikit sebab bagi aku pegang atau bersentuhan dengan bukan muhrim tetap salah dan berdosa so tak kiralah open minded ker tak open minded ker. Apa-apa pun pandai buat, pandai tanggung yer..

p/s: Aku serba salah bila perempuan nak salam dengan aku sebab aku memang tak pegang tangan perempuan. Terpaksa aku buat-buat tak nampak diorang hulur tangan or aku tarik lengan baju diorang suruh jalan cepat..Sorry..kalau korang nak kata aku kolot pun takpe..x kisah..

6 comments:

missgee said...

Pemikiran yang dikaburi
oleh keterbukaaan yang
melampau.. Hurmmm

wachak said...

dulu wa ada dengar sorang ustazah tv ( nama dirahsiakan ) ni kata di satu kuliah, kalau kita x der niat apa2 kita bleh salam antara lelaki dan pompuan. so masa tu wa ikut ler pendapat dia tapi bila wa belajar lagi bab ni rupanyer x bleh walaupun x der niat. Yg dah lepas2 tu biar ar ustazah tu yg tanggung. heh !!

Langit Pertama said...

KAlo maknyer dah bg green light, nak cakap apa lgi...

Kalo mak aku cakap gitu la kan; mesti anak2nya yg 6 org ni mengamuk giler.. Mak dah sesat....

Cik Aien said...

:) bgus la kalau black_mel jga batasan jugak. ssh nk dpt laki yg betul2 hormtkan batasan dlaam islam.. samalah ngn ain, no pegang2 pleaseee!!

IxoR@ said...

omakaihhh... sporting nyo omak...

ish ish ishhhh....

miss lolly a.k.a luvfareda said...

barat betul ishhhhhhhhhhhhhhh