head

Nuffy

Wednesday, June 22, 2011

Kalau Dengar Cakap Orang Sampai Bila-Bila Pun Nothing..

Alhamdulillah..Berita gembira,aku dah dapat tempat praktikal dengan elaun RM500.InsyaAllah kalau tak ada aral melintang,bulan depan dah boleh start praktikal.Kalau tak,maybe aku start bulan 8.

Malam tadi member aku dari universiti lain call, dia cakap  betul ker aku dapat tempat praktikal Amat Enterprise(bukan nama sebenar).Aku pun bukanlah jenis yang pandai menipu(poyo) cakap lah..Yes..dapat...Tiba-tiba dia buat perasaan terkejut yang melampau dengan mengeluarkan kenyataan.."Whattt???Better ko cari company lain la...diorang tu buat student praktikal macam kuli jer.Kerja tak berhenti.Ramai budak-budak universiti dia tukar company lain lepas kena ragging". Terkejut jugak aku dengar kenyataan dia tu.Macam teruk gila cipan jer praktikal kat sana.

Tapi mula-mula aku nak cakap kat kawan aku ni sikit..
1)Frenzz...tolong la..bagila kata2 semangat dulu sebelum nak keluar kenyataan macam tu.Ini terus2 wat surprise macam tu..
2)Tak la macam kuli aku rasa.Diorang bayar elaun kan.Kalau keja teruk x ada elaun lain la.Ini ada elaun.
3)Hang nak praktikal macam mana?keja sikit ker keja banyak ker tak ada kerja?Mana hang suka?

Bagi aku dah nama pun praktikal,kita kena praktikkan apa yang kita belajar dan kalau ada yang kita tak tau,masa ni lah kita nak belajar dan buat silap.Sebab bila kita dah dibayar gaji lepas ni, tak ada ruang untuk kita buat silap sebab kita dah dibayar mengikut harga yang kita tetapkan.

So..better praktikal banyak kerja daripada praktikal tak ada kerja.

6 comments:

missgee said...

Selamat Ber-Praktikal..
Belajar jadi kuli lagi best
bulih kumpul pengalaman..

P/s: Positif..Positif :)

lumut said...

gud luck taw...
keje baik2 k..
kesihatan pon jage k.

Solehah said...

alhamdulillah.dah dapat peluang bagus la kan. abaikan yang negatif. selamat berpraktikal. buat yang terbaik, ilmu tu nak guna masa keje esok.

sya aisya said...

gud luck berpraktikal...~ :)

Praktik kn segala ilmu yg dapat, kalo ley korek la smpi ke lubang cacing... sbb... ins berjaya nnt bile dh bekerja... ngee~

Bo the Nerd said...

Mmg tak boleh di elakkan ada kawan2 mcm tu. Maybe diorang xde niat utk jatuhkan semangat. Cuma anggap kalau diorang bg pendapat, maksudnya maybe derang ambil berat. My 2 cents aje :)

http://boisanerd.blogspot.com

enyheartsdiamond said...

tak payah dengar cakap orang.. ur life ur rules bebeh! :D