head

Nuffy

Sunday, May 8, 2011

Haram Sambut Hari Ibu

Kecoh sekejap kat blog-blog dan kat facebook-facebook,orang cakap Sambut Hari Ibu tu haram.
Ini antara petikan di facebook tersebut.Untuk maklumat lanjut klik SINI

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Aku pun dengan menggunakan kuasa internet 4max,search kat google pendapat-pendapat mufti dan aku terjumpa benda ni kat Jabatan Mufti Negeri Selangor. Aku petik sikit sejarah-sejarah yang berkaitan dengan Sambutan Hari Ibu atau Hari Bapa ni.

Hari Bapa.
Sambutan hari bapa bermula di Amerika Syarikat dengan ideanya dicetuskan oleh seorang wanita, Sonora Dodd dari daerah Spokane. Beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil.


Hari bapa yang pertama disambut pada tahun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart sendiri.
Sejak tahun 1972, ia disambut setiap tahun apabila bekas Presiden AS, Richard Nixon menandatangani satu undang-undang awam yang menjadikan hari tersebut dicatat di dalam kalendar


Hari Ibu.
Hari Ibu yang disambut di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah telah mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, isteri kepada Dewa Kronus dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno.
Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain seperti Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Hong Kong, Hari Ibu disambut atau diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.



TAPI,kita dibenarkan menyambut hari ibu atau hari bapa ini dengan cara:


1)Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.


2)Sambutan yang baik adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

3)Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4)Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5)Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga

6)Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7)Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak

8)Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9)Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10)Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

Petikan ni aku ambik dari www.muftiselangor.com.my. Format pdf,so kena download dulu.

p/s:Kesimpulannya ada garis panduan yang membolehkan kita sambut Hari Ibu dengan cara yang ditetapkan dan di kesempatan ini,aku mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk Ibuku dan kepada ibu-ibu yang membaca blog aku.

9 comments:

Iza said...

Assalam..
Aku sekadar ucap selamat hari ibu je, tak de nak sambut2 segala bagai ni..
mula tu buat diam je tetiba mama aku call ucap dulu sbb tiap2 tahun aku yg dok call, tetiba thn ni sunyi je, rasa bersalah pulak sbb mama aku yg call dulu...

Lia3003 said...

hm, x pernah dengar pun b4 this sambutan ni haram, tp x pelah.. jangan niat nak sambut macam orang putih tu

black_mel said...

to all:garis panduan dah ditetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor yang boleh sambut hari ibu tapi dengan cara yang btul..maksudnya sambut hari ibu x haram..

yott said...

kalau boleh lahh kan.. kita hargai ibu bapa kita setiap hari...x pyh tunggu hari2 segala nih...dan..sebenarnya mmg betul pun ada bnyk cara utk menghargai mereka mengkut ajaran agama kita..

btw thnx..

fathiahRAIHANA said...

ala kalo tak sambut pun tetiap hari pun hari ibu kan . hee . cium pipi mak tektiap hari pun mak da seronok . tak buat mak marah pun mak da seronok . jadi takyah susah2 pkir ye halal haram sambut neh . hee

wachak said...

Nk buat sesuatu tu kena dengan ilmu. Bukan ambil mudah bab2 halal haram ni. Niat tidak menghalalkan cara. Bertanya / buat rujukkan adalah lebih afdhal. Kalau was2 / jahil x payah dok gatal nk sambut / buat atau pertahankan.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yes. kal0 kite was2 baik tak yah sambut, kan senang..

qellissa said...

Thanks for the info...tp klu hr kekasih kita diharamkan sambut coz sama mcm kristian, so tat goes to Hari ibu jugak kan? hari ibu tu bila2 pon kita boleh sambut..nak sambut hari2 pon xpe ..janji jgn sampai ikut tarikh sama cam diorg..

Solehah said...

btl tu, kat negara lain memang sambutan keagamaan/kepercayaan. tapi kat Malaysia ni insyaallah kita tak pernah terlintas pasal benda bukan-bukan ni. cuma sambutan untk menghargai jasa ibu, dan ibu tau anak-anak sayang kpd dia..tapi banyak juga cara nak tunjukkan kasih sayang.