head

Nuffy

Sunday, January 9, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik?Siapa Punya Idea?






Seperti yang tertulis kat poster diatas yang aku perolehi dari laman web KPDNKK ini, Setiap hari Sabtu,samada korang shopping kat 7-Eleven ker Pasaraya ker Stesen Minyak ker dan mana-mana sahaja,korang tak akan dibekalkan beg plastik.

Korang tau tak sebenarnya ada sebuah pasaraya yang dah berkurun lamanya dah amalkan benda ni. Korang pernah dengar pasaraya Makro.Kalau korang tak pernah dengar,korang tanya dengan pakcik atau makcik korang,mesti diorang pernah dengar nama pasaraya Makro.

Masa aku kerja dulu kat makro dari tahun 2005-2007 macam-macam makian,herdikan dan sindiran aku terima dan korang percaya tak antara yang menyindir tu kakitangan kerajaan. Kalau tak silap aku Makro dah wujud hampir 20 tahun dulu kat Malaysia ni.Antara yang aku ingat lagi "Beg plastik pun kedekut,baik tak yah niaga","Nak untung lebih la tu sebab nak suruh orang beli beg diorang"dan macam-macam lagi.Banyak yang aku tak ingat.

Tapi rasionalnya pasaraya makro dulu untuk pemborong yang beli makanan dan minuman berkarton-karton jadi diorang tak kisah sangat pasal beg plastik ni.Cuma aku terkilan sikit sebab masa Makro buat dulu langsung tak ada siapa yang nak kaitkan pasal bumi hijau la dan kenapa baru sekarang nak buat benda ni?

Kalau korang nak tau,pasaraya Makro tu dari Netherlands a.k.a Belanda.Masa dulu orang selalu cakap,"ko ni kedekut lah macam orang belanda".Sekarang benda ni dah wujud di Malaysia.Adakah Makro satu kegagalan?Yang aku pasti,tahun 2007 masa Makro tutup pasaraya tu di Malaysia,diorang melebarkan sayap ke Pakistan kalau tak silap aku.

p/s:Belanda dah pikir pasal benda ni awal dah,kita tahun 2011 baru nak buat.

p/s:Tahun 2007 atas desakan banyak pihak termasuk pengguna,Makro akhirnya menyediakan beg plastik untuk pengguna.

p/s:So,jangan lupa bawak beg plastik dari rumah kalau korang nak shopping kat pasaraya besar pada hari Sabtu.

8 comments:

wachak said...

memang dulu selalu kena maki pasal beg plastik ni dekat Makro. yg maki tu bongok2 belaka. Makro tu untuk pemborong bukan jualan runcit. Akai letak dekat pala lutut .. he33
err .. ko dekat makro mana mel. wa dekat selayang punya .. he33

intan izani said...

pernah jugak pergi makro masa tu ada kat jb.
tak tau pulak makro dah amalkan benda ni sejak dulu
tapi hari tanpa beg plastik ni dah start kat malaysia ni since last year kot, yg untung pemilik pasaraya tu jugak sebab hari sabtu je diorg cas sehelai plastik 20sen unless kita bawak beg sendiri.

nn said...

pernah pergi makro sekali je. nak masuk makro kena ada kad keahlian kan? huhu

baru tau pasal makro pernah buat benda ni. huhuhuhu. orang malaysia biasalah. kurang kesedaran. kerja nak complain je.

now, kalau pergi shopping on saturday mesti bawak bag besar. haha

Anonymous said...

elok kempen takde beg plastik ni..biasa laa prngkt awal org x brapa suka..tp lama kelamaan akan trbiasa..

di penang kalau x silap my fren bgtaw semua pasaraya dah takde beg plastik..

BENA said...

ohoooo bena tahu makro tuh . time tuh duk kat joho . dulu rasenye tak leh bawak budak kecik kan masuk makro? sebab takut pecah barang2 . seingat bena gtu la. heee



cop ! 7e bena x amalkan pon bena alah ni . HAHAHA :)

missgee said...

Tak pernah dengar..
Maybe sebab sy kat Sabah kot..

P/s: Nak beli bakul pasni.. Lagi mesra alam :)

Aishah Malik said...

tau tau.. Makro kat ipoh!
skali beli mmg cam banyak gile!
arwah nenek suke shopping brg rumah kat sane...
a'ah mmg xde plastic bag..
selalu bile beli just tolak gune troli je.. tp troli die pun klu x silap pelik sikit, bukan cam troli kat supermarket biase ni.. die cam lagi besa..(correct me if i'm wrong)
:P

dee said...

kat Europe, dah lame xde penggunaan beg plastik..orang akan bawak siap2 dari rumah..M'sia patut buat mcm tu everyday even ke pasar sekali pon..=)