head

Nuffy

Friday, November 12, 2010

Alisa vs Cinta Kirana


Semenjak aku duduk kat umah ni aku dah semakin kerap menonton tv dan walaupun astro tu banyak rancangan ulangan aku tak kisah sebab kadang-kadang aku ter'miss' episod-episod sebelumnya.Rancangan yang paling aku minat walaupun aku tak tau sekarang season berapa adalah:

1)Britain Next Top Model- Sebab? Aku belajar menghargai kecantikan wanita..lalala~~~

2)Dr.House-Sebab?Teringin nak jadi doktor
3)Oprah Winfrey Show-Sebab? Tetamu jemputan dia memang hebat-hebat
4)Ahmad Durah-Sebab? Aku penyokong industri seni tanah air.

Kenapa dalam list rancangan kegemaran aku ni tak ada cerita Alisa atau Cinta Kirana yang digilai atau diikuti muda-mudi dan tua-tui masa kini?Aku ni tergolong dalam orang yang tak berapa minat cerita Indonesia termasuklah Alisa atau Cinta Kirana ini.Bukan bermaksud aku tak tengok langsung,tapi memang selagi ada cerita lain aku tak akan tengok cerita Indonesia tersebut.

Sebab aku tak minat cerita Alisa dan Cinta Kirana?
1)Terlampau banyak adegan nangis-nangis konon diorang ni berhati lembut dan konspirasi pelik-pelik.
2)Aku tak suka angle kamera yang bila aksi-aksi cemas akan di zoom in dekat-dekat sampai nampak bulu idung pastu buat slow motion.
3)Episod banyak sangat.Daripada raya puasa sampai krismas tahun depan pun belum tentu abis.

Tetapi, apakan daya hanya aku sorang jer tak minat cerita ataupun lebih glamer dipanggil Sinetron di rumah kakak aku sedangkan kakak aku,adik aku minat sangat cerita indonesia ni. Dengan menggunakan kuasa veto kakak aku menukar rancangan sesuka hati kerana dia yang bayar bil astro.Jiwa aku tersiksa.Sob3..uhuk3..

p/s:Lagi satu rancangan paling best aku suka tengok River Monster dengan Big Fish.Tapi channel tu kakak aku dah potong sebab aku sorang jer minat.:'(

10 comments:

aNiSa hANg tUaH said...

sinetron indonesia ni panjangg episodnye..bosan
huhuhu

tgok vampire diaries & glee lah awak (:

black_mel said...

erk..channel baper?pukul?

FarhanaDr said...

Keh keh keh.. Black mel.. Jom tengok bawang besar bawang kecik.. Kikiki.. :p

black_mel said...

haha...bawang goreng pun ok...;)

mello said...

bro, ko dh kt umah eh? ak blk mlm ni (jumaat)..

ak klu kt umah konpem petg2 tgk spongebob.. pastu mlm tgk movie pape kt tv3.. takpun tgk discovery channel tu.. how do they do, man vs wild dll..hehe

Jailina Classic Enterprise said...

Kat umah aku gitu gak.
Start dr sinetron Alissa smpai ke Nabila, semua mak aku conquer. Pastu die leh berlinangan air mata plk tu...

Selalu terpinga2 dgn situasi tersebut...

rieyana ynn said...

yana tak suka ceta indon...ceta bagus...tapi byk episod sampai melalut...awk sama lah mcm sy..remote control di kuasai 100% oleh akak yana...apa rancangan dia minat terpaksa tgk...hakhakh...nasib bek astro ada siaran ulangan...yana selalu tgk siaran ulangan setiap awal pagi...rancangan yang yana suka..;D

wachak said...

rumah wa x der pasang astro ... hu33

BENA said...

bena xsuke tengok cte indon2 ni. kalo tgk pon terpakse sebab adk n mama minat abes . adehhh . jiwe terseksa jugak! hehehe~


n bena xske cte sambung2 ni. heee~

¶A.K.I¶ said...

perghh kakak ko!!
kte sejiwa black mel~
xpe2...
jgn ko kuakan stereotype pmpuan layan endon ye! ak sekeh kang