head

Nuffy

Wednesday, September 22, 2010

Singapura Tawar Tanah 16.2 Billion Kepada Malaysia

SINGAPURA - Sebanyak dua bidang tanah yang akan diberikan oleh Singapura kepada sebuah konsortium Malaysia bagi menyelesaikan pertelingkahan berpanjangan di antara kedua-dua buah negara adalah bernilai sehingga S$7 bilion (RM16.2 bilion), kata seorang penganalisis hartanah semalam.
Tanah-tanah itu yang terletak di sekitar Teluk Marina di Singapura ditawarkan dalam satu persetujuan pertukaran tanah.
Persetujuan berkenaan menyatakan, Malaysia pula bersetuju untuk memberikan tanah miliknya yang menempatkan laluan dan stesen kereta api di Singapura sejak era pemerintahan British sebagai tukaran tersebut.
Petikan Akhbar Kosmo

Persoalannya sekarang:
1)  Kenapa Singapura begitu baik tawarkan tanah yang diwartakan sebagai 'tanah putih' oleh MND untuk digunakan bagi projek komesial bernilai tinggi seperti pembinaan hotel atau perumahan mewah?

2) Kenapa tak umumkan harga tanah yang Malaysia beri kepada Singapura pulak?  

Aku bukan nak cari salah atau nak cari pasal,aku bersetuju apabila Malaysia dan Singapura mencapai kata sepakat menyelesaikan isu yang lama tertunggak ini TETAPI aku sebagai rakyat Malaysia nak tau berita penuh.Berapa pulak harga tanah yang Malaysia beri kepada Singapura itu?Tak kisahlah kalau tanah yang diberi itu lebih tinggi nilainya atau lebih rendah nilainya cuma aku tak suka tajuk berita yang menunjukkan macam kita mendapat durian runtuh atau tanpa rugi apa-apa.Rakyat berhak mengetahui berita yang sebenar dan berita yang lengkap.


4 comments:

Asma said...

Yup, aku pun tertanya2 jugak.

Pendapat aku, Singapore hanya sebuah pulau kecik dan mereka dah takde tanah. Kalo mereka dapat tanah di Malaysia, secara tak langsung dorang dh luaskan kawasan negara. Lama2 tanah tu doran leh wat ape saja. Perumahan ke, kilanmg ke, pertanian atau perniagaan. Air pn dorang amik dari Malaysia dan nk seludup ape2 pun ke Singapore pun senang.

Dorang pun bleh luaskan wilayah lagi dgn beli tanah2 di sekitar dari pemilik tanah persendirian. Orang Melayu kan, kalo 3 ekar tanah org nk bli ngn harga sejuta, sape takmo bagi kan. Sejuta tu ape la sgt berbanding tanah bagi Singapore. Lama2 rakyat Singapore pun makin ramai menetap di Malaysia dan berlakunya sesaran...

Pastu akan muncul pula Singapore nk menyelesaikan masalah rakyat Singapore yg menetap di tanah Singapore di atas Malaysia. Pastu kerajaan kita pun bg kelonggaran demi kelonggaran dan akhirnya kita takde tanah...

Ini la yg berlaku di Palestine yg disesarkan oleh Israel...

Tanah di Teluk Marina tu, mahal macam mana pun, Malaysia nk buat apa ngn tanah kat sana. Nilai tu hanya relevan di Singapore, bukan di Malaysia. FYI, tanah di mana2 kawasan pantai akan terhakis dari setahun ke setahun. Lama2 tanah tu akan makin sempit. Kalo taknak sempit kene buat benteng dsn makan modal yg tinggi...

Pertukaran ni hanya merepek...
Tolong la...
Dah la Pulau Batu Putih dh disedekahkan ke Singapore (FYI bukan pulau tu yg Singapore nk sgt, tapi ruang laut yg mereka nk sgt), minta2 la pemimpin yg kita vote tiap2 4 tahun akan lebih bijak fikir kerelevenan tanah di sana, berbanding tanah di tempat tumpah darah kami ni...

Sorry, tetiba je wat karangan...

Anonymous said...

tanah milik Malaysia lbh mahal dari tanah yg s'pore twrkan..so siapa yg lbh untg

Iza said...

Salam...

Singapura kan tak cukup tanah utk penempatan rakratnya.....Ya, pasti ada yg masih tersirat di sebalik semua tu....

miss lolly a.k.a luvfareda said...

macam2lah. haih.