head

Nuffy

Monday, September 20, 2010

Pagi-Pagi Buta Cuba Jangan Tanya Soalan Kurang Bijak

Setelah menjejakkan kaki ke Batu Pahat ni terasa boring la pulak.Hari ni ada kelas pukul 10.Takpa,siapkan entry sekejap berkenaan dengan peniaga peniaga yang suka sangat bertanyakan soalan yang kurang bijak.Soalan ini lazimnya ditanyakan oleh peniaga-peniaga kedai makan termasuklah kedai makan mamak yang di agung-agungkan tu.

Semalam yang pagi,akibat telah menjadi kebiasaan tidur lepas waktu sahur,tiba-tiba dalam pukul 1 pagi terasa macam nak pegi kedai.Aku pun dengan menumpang kereta kawan pergilah ke kedai yang dirahsiakan namanya tapi kedai tu 24 jam.Sampai jer kat kedai tu,aku pun belilah beberapa barangan buatan Malaysia dan tibalah situasi nak bayar.

Aku yang baik: Bang,berapa?
Pekerja kedai 24 jam:Semua 17.80
Aku yang baik:(Hulur dua not RM10)
Pekerja kedai 24 jam:Ada duit syiling 80sen tak?

*Anakkepadapantai betul.Kalau mintak 20sen,30sen leh la jugak diterima akal.Ini mintak sampai 80sen.Kalau kedai runcit mat bin seman takpe la jugak.Ini kedai serbaneka 24jam.Memang la aku bising.Takkan nak bagi baki 20sen pun takde duit syiling.

Inilah masalah peniaga-peniaga di Malaysia.Bukan jer kedai mamak,kedai serbaneka ataupun kedai makan mak jah,kadang-kadang pasaraya  dengan kedai makanan segera barat pun tanya soalan yang kurang bijak jugak.Nasib baiklah aku ni seorang yang baik.dengan sopan santunnya aku jawab takde.So diapun dengan perasaan taknak bagi,terpaksalah bagi jugak 20sen.


*:Baca dalam bahasa inggeris(tak baik mencarut)


12 comments:

jijie said...

huhu.. selalu je kena camni...

Anonymous said...

haha... bengang kn klau jd cmtuh..bese je kene..nak2 klau die slh kire siap..aa..mmg hangin r..:p

Anisa said...

ahahhahaa

sampai 80 sen
budak tak geti niaga

hohohoh

Asma said...

Biasa la tu. Dorang kurang duit syiling kan...
Tapi 80sen biasa takyah mintak. 10sen 20 je yg patut mintak...

qellissa said...

yolah x penah dgr lak org mintak syiling 80 sen..kalu 2-3 posen adelah..adesss..mcm2 perangai cashier2 skrg ye..

yanamib said...

aku xpernah kena lg cemtu..20 sen pn berkira..hehe..tah pape je

White Bird said...

aku sokong hang!..

nak niaga wat la cara nak niaga,

ni tak,sikit-sikit tanya ada duit

80sen, 60sen ke tak tak kita

Hani Yuhani said...

memang pun..kalo hani saje je bagi rm50 bia die pi cari duit pecah banyak2 sikit...malas sgt nak gi pecah duit pesal??

Unknown said...

huh,dasar kedekut duit syiling ar peniaga tu...20 sen je pun baki...bagi je la..

|.a.r.i.e.z.a.| said...

tu sindrom mintak penampar tu.. ko patut bagi je satu :p

Iza said...

Salam...

hehehe...aku selalu kumpul duit syiling dan tukarkan dgn pak cik cafe masa di Penang dulu....

BENA said...

mak aihhh. 20 sen pon sampai gtu skali. agaknye xde duit syiling sgt dah tuh. hehehe~