Sempena hari raya yang bakal menjelang ini,semakin ramailah "orang-orang kurang upaya" akan menjadi mewah.Maksud aku disini adalah bukan "orang-orang kurang upaya" yang betul-betul hilang keupayaan diri,tetapi orang-orang yang berkeupayaan hilang keupayaan berfikir kerana sikap mementingkan diri sendiri yang diorang lakukan sebenarnya menyusahkan banyak pihak.
Hampir empat tahun aku kerja pasaraya dah bermacam-macam karenah manusia aku tengok:-
@Keluar sambil pura-pura tempang,lepas tu masuk dalam mall jalan elok dah.
@Keluar buat muka bodoh(hilang keupayaan ker ni) sambil tekan alarm kereta honda civic,accord,BMW dan etc2 pastu jalan slumber jer masuk dalam mall.
@Keluar konon2 desperate sangat nak cari toilet.Kelam kabut jer pastu masuk dalam mall dah ok.
@Keluar kereta senyum-senyum lepas tu guard mall tegur terus muka merah ubah kereta.
Ada jugak yang betul-betul hilang keupayaan diri tapi tak dapat nak gunakan kemudahan yang disediakan.Jauh lak diorang parking sebab petak yang disediakan dah penuh.Dah la nak masuk mall pun kena bersesak-sesak kalau ujung minggu,parking pulak terpaksa parking jauh memang kalau casher buat silap diorang marah betul2 la.
Jadi,dalam keghairahan kita menghabiskan duit sempena Hari Raya yang bakal tiba,sila gunakan akal anda supaya tidak menyusahkan orang lain.Anda tak susah sebab bukan anda yang kurang upaya,atau adakah papan tanda seperti diatas perlu diletakkan ditempat letak kenderaan yang dikhaskan untuk orang kurang upaya di Malaysia?
8 comments:
setakat ni tak pernah tgk lagi org berlakon cacat
tapi tak tahu la cmne diorg punye pemikiran sanggup pura2 jd OKU
manusia ni mmg macam2 perangai
erk.ade lagi kee cmtu
):
yaaaa! saya takkan nyusahkan orang ;D
Selalunya tempat khas tu diletakkan kon. Tak tau plak kalau2 ada yg rajin utk ubah dan berlakon OKU.
haha..klaka tgk ragam org camtuh :p sengal
so far aku x penah lg jmpa org2 yg cmni..
dorg nie xnya hilang keupayaan fizikal, tp mental probs..
haha. macam2 perangai orang ni.
Yg bwk kete besar n buat muka bodoh tu penah la tgk.
Paling best org yg tiba2 curi parking org lain dgn rakusnyasmpai buat org lain brek mengejut. PAstu nuat muka bodoh tahap babun.
Pelik kan, nape org bodoh leh bwk Merc...
Post a Comment