head

Nuffy

Thursday, April 29, 2010

Jangan Kerana Nila Setitik.....

Kes Pertama: Mahkamah tolak rayuan anggota polis ugut, rogol wanita Indonesia

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dikenakan hukuman penjara 13 tahun dan 12 sebatan kerana merogol dan memeras ugut seorang wanita warga Indonesia pada 2007 sebaliknya hukuman penjara ditambah setahun lagi.

Kes Kedua:Salah guna dadah di kalangan anggota polis Johor membimbangkan

JOHOR BAHRU: Penyalahgunaan dadah di kalangan anggota polis di Johor semakin membimbangkan apabila 15 kes direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 31 kes sepanjang tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, gejala itu memerlukan pemantauan segera berikutan kes terbaru membabitkan penahanan empat anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Isnin lalu. 
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada anggota-anggota polis di Malaysia disalahgunakan oleh segelintir anggota polis.Tanggungjawab yang diamanahkan seharusnya dipikul dengan penuh dedikasi.Jangan disebabkan nila setitik,baju x jadi biru.
Bukan senang nak jadi anggota polis,tapi bila dah dapat,tolonglah jangan buat benda2 yang boleh mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia. Kalau nak ikutkan bilangan anggota polis yang menyalah gunakan kuasa tak lah besar sangat tapi disebabkan pakaian seragam biru dan atas nama PDRM itu sendiri membuatkan kita sedikit rasa bimbang.

Kebaikkan
Kita tinggalkan dulu masalah penyalahgunaan kuasa tersebut dan aku nak ceritakan kebaikkan anggota2 polis di Malaysia.

Kisah 1:
Beberapa tahun lepas,masa tu hujan lebat,aku dengan mak aku nak pegi hantar adik aku tusyen,tiba2 kat lampu isyarat kereta aku takleh start,lepas bagi lampu emergency,aku pun keluar nak tolak kerata ketepi,tapi baru jer aku nak keluar,ada 1 kereta polis berhenti,diorang tanya kenapa,lepas cakap kereta aku tak leh start,terus diorang keluar,tolak kereta aku ketepi dalam keadaan hujan lebat.

Kisah 2:
Aku join lepak rukun tetangga kat flat umah aku malam2,masa tu kami ada 4 orang,tengah2 lepak kereta peronda datang diorang tanya2,pastu kami jawab kami sukarela jadi pakguard flat sebab banyak kecurian kenderaan kat flat aku.Pastu diorang cakap,jangan bimbang,malam tu memang banyak kereta peronda yang jalankan rondaan.Lepas jer kereta peronda tu pegi,memang ada 2,3 bijik yang lalu dalam tempoh 3,4 jam.So,kami rasa keselamatan terjamin.

Kisah 3:
Special kes sebab anggota polis tersebut duduk kat flat aku,setiap malam kalau kami berjaga,dia mesti belanja makan malam dulu.Sebab kami jaga sukarela so xde bajet untuk makan2,jadi dialah yang belanja makan sebelum kami start berjaga.

Memang banyak cerita2 negatif mengenai pdrm kita tapi diorang tetap lakukan banyak kebaikkan untuk menjaga keamanan malaysia.Jangan kerana nila setitik,kita terus lupakan kebaikkan yang diorang lakukan selama ini.Cuti2 raya dibekukan,kerja lebih masa,berpanas,berhujan,nyawa ibarat telur dadar dihujung tanduk,dan macam2 lagi pengorbanan dilakukan untuk keselesaan rakyat malaysia.So,teruskan beri sokongkan kepada mereka.

p/s:Polis pun manusia jugak,tak lari dari buat silap.Baik buruk ada balasan,

10 comments:

Amal said...

polis kat tempat aku baik.
"tak ada lesen motor tak apa. janji pakai helmet."

Iza said...

Aku selalu jgk dengar org sembang ramai polis yg makan rasuah. Tapi aku tetap takut kalau tengah2 drive tetiba ada polis tunggu kat depan walaupun aku rasa aku tak salah apa2.

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

polis kat tempat sara pun baik2..lega rasa

syafiqah syahirah said...

polis aku pun baik
sebab mak aku polis!
haha

she said...

polis kat tempat i suka pau sesuka hati...sob sob (T_T)

NAJ HEBAT said...

so bagusla mel.. ade pros and cons..

takde la polis nak ngamuk nnt.. tercemar duli polis.. haha!

Asma said...

Btul tu...
Mmg ader polis yg memalukan nama baek seragam mereka, tp rmai polis yg bersungguh2 jalankan tugas...

Paling aku suka polis trafik yg setiap pg dan ptg berdiri kt tgh2 simpang 4 dan goyang2kan tangan mereka tanpa jemu semata2 utk kurangkan kesesakan lalu lintas...

Polis ni la yg paling aku sayang skali...

¶A.K.I¶ said...

wat eva it is pon... polis ke doktor ke... masing masing ada akal dan fikiran... so buat yang terbaek untuk jaga nama sndiri je.. kn kn...

masyarakat malaysia memang macam tu... bila kebaikan taknak dicanang.. sedikit keburukan abis satu dunia taw~

so pk pk kn

khaulah said...

polis yg lame2 baik..
itu drpd pemerhatian aku selama ni..

cewah, mcm da lame je hidup !

Anonymous said...

polis tak semua ye baik dan tak semua jahat...
semua tu bergantung pada diri sendiri serta agama masing