head

Nuffy

Thursday, February 11, 2010

Semangat Naga

Tinggal 2 hari lagi sebelum aku berangkat ke Penang.Tahun Baru Cina ni aku ingat nak pegi tengok tarian shuffle naga.Aku 1 Malaysia beb.Semua perayaan aku suka tengok.

Masa aku kerja pasaraya dulu.Tahun Baru Cina paling best.Aku rasa Tahun Baru Cina pasaraya aku sambut lagi meriah daripada Hari2 Raya di Malaysia.Setiap Tahun ada Naga masuk dalam pasaraya menari.Serius aku respect diorang.Bole lompat2 pakai kepala naga tu bukan senang.Aku antara orang yang paling gembira bila tiba Tahun Baru Cina.

Sebab?
@Aku dapat angpau lagi banyak daripada Raya Puasa.Supplier2,Promoter2,Boss2 aku bagi angpau cecah 3 angka jugak la
.
@Manager aku setiap Tahun Baru Cina bagi aku limau 1 kotak.Aku dengan Boss department aku special.Kami dapat sekotak,orang lain dapat sepuluh bijik jer.

@Semua boss2 besar cuti.Sebab boss2 besar banyak cina,So diorang sambut Tahun Baru Cina.So,aku dan boss aku jadi boss department kami.Serius seronok keja jadi boss..hehe..


Tapi paling aku suka bila:
Supplier cuti.So,seminggu barang tak masuk,so ringan la sikit beban aku kerja.

Itu semua pengalaman waktu aku kerja time raya cina.Siapa cakap kita tak boleh baik?Aku kerja 3 tahun,pada aku diorang layan memang baik.Berbeza dengan promoter melayu yang konon pangkat tinggi.Aku supervisor department jer,tapi untuk masukkan stock diorang Manager diorang daripada HQ turun untuk deal.


p/s:Cuma segelintir jer golongan2 yang cuba memecah belahkan keharmonian antara kaum.Aku nak nasihat sikit kat orang2 yang macam ni.Sila belajar sejarah dan belajar Kontrak Sosial terlebih dahulu sebelum korang nak buat statment menghina sapa2.Sila belajar hormat menghormati.

p/s:Kepada blogger2 yang menyambut Tahun Baru Cina,Happy Chinese New Year.