head

Nuffy

Wednesday, February 16, 2011

Nasihat Aku Untuk Budak-Budak Tahun Akhir

Pesanan ikhlas ini aku tujukan kepada kawan-kawan aku yang berada di tahun akhir IPT-IPT di seluruh Malaysia dan jugak termasuk aku sendiri sekiranya aku lupa.Tak lupa jugak untuk rakan-rakan foreign student aku yang dah masuk tahun ke 3 menetap di Malaysia.Mesti korang pandai cakap Bahasa Melayu.
Sebenarnya pelajar-pelajar IPT ni boleh dikategorikan 3 kelompok utama.Junior,Inter dan Senior:

Junior:
Masa tahun pertama,time junior dulu,aku paham,korang kena pakai baju tuck in,pakai kemeja ada jugak yang pakai tie dan yang paling penting kad matrik jangan lupa gantung.Pendek kata kita semua ni skema abis la time tahun satu.Rambut pun pendek-pendek jer time mak bapa kita hantar kita ker IPT.Paling penting sekali kelas ta pernah ponteng,kalau lambat datang pun dah cuak giler khinzir.Tapi,time junior dah lepas.

Inter:
Ini budak-budak tahun dua,time ni mula la kebanyakkkan budak nak tunjuk dah otai kat IPT tu,Assignment lambat hantar,kadang-kadang tak hantar,masuk kelas pun dah lambat,pakai seluar jeans time presentation,Perempuan pun ada yang dah bukak tudung,die rambut,pakai seluar ketat-ketat.Benda paling best sekali,buat keje nak bercouple.Study ngan awek *tangan ke mana,pen ke mana,buku ke mana.

Senior:
Ini kira otai dah la,patut time ni sudah-sudah la ponteng kelas sebab semester last dah kut,tinggal 2,3 bulan jer nak pegi kelas,dengar lecturer cakap,buat kuiz pastu tanya soalan,tapi kalau kita masih nak berperangai macam tahun dua, Siapa yang nak respect kita?Siapa yang nak buat group dengan kita?Tak payah la nak tunjuk kita senior sebab lecturer pun dah menyampah dah tengok muka kita,ponteng kelas tapi rekod kehadiran penuh,assignment tak hantar pastu nak merayu2 suruh bagi naik carry marks.So,nasihat aku sudah-sudah la buat perangai dulu.

Foreign student:
Dah dua tahun korang datang lambat bagi alasan bas universiti lambat,tapi apsal pelajar tempatan lain bole jer datang awal,padahal diorang pun naik bas.Korang yang kaya raya pun dah ada kereta.Sudah-sudah la guna alasan pengangkutan lambat.Sampai tahun 3 pun nak lewat sejam,gila babeng tul.

Korang penah tengok tak zaman budak-budak rempit naik moto pakai wiser pastu letak sellotape kat wiser tu?Zaman tu dah lama berlalu,mat rempit pun dah tak pakai helmet,tapi kalau korang masih nak pakai helmet letak sellotape kertas tu,memang kena gelak la.

p/s:If any foreign student there who want to know about what i wrote,just copy and google it.I'm not disable right click function.So,feel free to copy my entry.

p/s:Aku pun kadang kala datang lambat jugak,tapi tak sampai la lewat 15 minit.Aku pun kadang-kadang ada jugak termiss hantar assignment,tapi tak sampai la tak hantar langsung dan aku jugak kadang-kadang malas nak pegi kelas,tapi alhamdulillah,sem ni aku tak ponteng lagi.Tinggal 2,3 bulan ni jer kita nak jalani kehidupan kita sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa.Jadi jalankan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa,.

p/s:Akhir kata,korang akan merindui zaman study ni bila korang dah melangkah ke alam pekerjaan.Aku penah kerja 3 tahun,aku dah alami,time semua orang bercerita pasal pengalaman universiti tiba-tiba kita tak ada sesuatu yang menarik nak dibualkan.Duduk la kita senyap-senyap kat situ.

6 comments:

NAJ HEBAT said...

aku juga dah nak habes ni.

selamat sudah kita berdua.

haih.

selamat berfinal.

intan izani said...

kdg2 student dtg kelas punye la lewat, kalau saya baik tak payah dtg aje..

Ahkak Geli said...

ahkak pun rindu jaman yuniversiti..

jaman huru hara..

jaman kena marah ngan lecturer sebab datang lewat..

Suraya I. said...

eh dulu i tym stdy x penah lg anta asemen lmbt..tp ponteng tu kdg2 de gak =p

Cik Aien said...

alahai, sedih nyee nk berpisah. lagi seminggu je nk habiskan sisa sebgai mahasiswa ... :(

Amal said...

Thank God kau teruskan belajar. Best of luck, mil.