Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.
"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.
"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.
Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.
"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.
Petikan akhbar kosmo
Bangun pagi aku semasa aku bukak akhbar kosmo online,aku tertarik dengan berita di ruangan infiniti bertajuk Pendapatan Lumayan dengan Nuffnang. Korang boleh baca berita selanjutnya tentang beberapa blogger yang mencecah pendapatan 4 angka sebulan.
Paling aku tertarik adalah blog redmummy.Rupa2nya redmummy dah berusia 35 tahun.Nampak macam baru lewat 20an.Seyes terkejut dan paling aku tak sangka sebulan pendapatan iklan redmummy mencecah RM10,000.Kagum seketika.
Pesanan dia buat blogger-blogger lain,"jangan tiru gaya blogger" lain tu sangat2 setuju.Tak mengapa kita mula dari bawah.Setiap blog ada pembaca tersendiri dan setiap blog ada cara yang berbeza tapi yang penting kita perlu jadi diri sendiri.
p/s:Perkhidmatan broadband digi agak kurang memuaskan ketika ini.Dengan slow ditambah pulak selalu disconnect membuatkan broadband digi ni nampak kecik jer.Tak lama lagi aku kepak2 broadband ni buat puzzle.
4 comments:
waa.jelez gile kot.. tula..tp tkpe..masing2 ade rezki masing2.. :)
saya punya nuff pun susah nak naik sekang..hehe, tp xpe..bukan itu yang dikejar..
gua baru bace paper.. gile2.. pergh..kayo kak red
whoaaa..hebat betul..kagum dengan kak red ni...
Post a Comment