head

Nuffy

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Tips Untuk Buka Tab Yang Baru Pada Blog Yang Disable Right Click

Sebenarnya ramai yang dah tahu cara untuk buka new tab pada blog yang disable right click.Walaupun ramai yang dah tahu,aku share jugak untuk kawan-kawan aku yang tak tau lagi.Pernah bukak blog yang pemilik blog tersebut disablekan right tak?Sebagai contoh,sila rujuk gambar dibawah.Ini blog Pn Aina. Pn Aina dah disablekan right click untuk blog beliau atas sebab-sebab tertentu dan kalau korang right click jugak,dia akan kluar message box macam kat bawah ni.
Aina,pinjam gambar blog....

Jadi terdapat dua cara(yang aku tau) untuk bukak blog yang tidak membenarkan kita untuk menggunakan fungsi right click.


Cara yang pertama.
1)Halakan cursor anda kepada tajuk atau link yang anda ingin bukak di tab yang baru.
2)Tekan ctrl + left click mouse anda. Tadaaa~~ settle..automatik link tersebut akan dibuka ke tab yang baru.

Cara yang kedua
1)Paling simple.
2)Click scroll mouse anda tu.Scroll tu yang mana?Sila rujuk gambar di bawah.Bila click jer,automatik dia akan bukak ke tab yang baru.


So,dah tau ni,tak perlulah pangkah cepat-cepat blog yang disable right click sebab anda dah bole bukak new tab dia.So..selamat mencuba.

p/s:Untuk melepaskan rindu kat blog,aku update sikit..thnx pada yang wish kat entry lepas...nak sambung study balik(ayat poyo)...;)

Monday, October 11, 2010

Blogger Seorang Yang Menakutkan?





Semasa aku berjalan-jalan di google aku terserempak dengan gambar ini.Betulker blogger itu seorang yang menakutkan?Pernah tak anda atau kawan-kawan anda ataupun musuh-musuh anda yang mempunyai blog mengalami situasi mati pucuk?mati akal,mati kutu ataupun mati-mati yang seangkatan dengannya?

Sebenarnya terdapat beberapa situasi dimana seseorang blogger itu telah membuat jadual sehari satu entry untuk mengelakkan follower ataupun traffic menurun.Pada pendapat aku,bila kita sendiri telah meletakkan syarat sehari satu entry atau sehari dua entry kita telah kehilangan nikmat berblogging.Sebenarnya aku pernah mengalami situasi tersebut apabila aku meletakkan syarat untuk mengemaskini blog sehari sekurang-kurangnya satu entry dan apabila berlakunya situasi mati akal,memang tension tahap dewa kerana aku rasa seperti terpaksa menulis.Hasilnya beberapa penulisan aku sebelum ini seperti rasa nak kena pelempang jer.

Setelah hampir setahun berblogging,sekarang aku tidak menetapkan sehari berapa entry.Aku menulis apabila mempunyai idea.Itu adalah lebih baik daripada aku menulis merepek-repek tak tentu pasal.Aku teringat pesanan sahabat blog aku masa aku mula-mula berblogging

"bro,jangan kejar nuffnang sebab nanti kita akan kehilangan nikmat berblogging"

Alhamdulillah,berkat tunjuk ajar beliau dan beberapa rakan blogger yang lain,aku masih berada dalam dunia maya ini.Kawan aku tu dah menjadi otai,takleh lawan penulisan dia.Blogger perlukan idea,mana nak cari idea?Idea boleh datang dari banyak cabang antaranya bermimpi,melalui pengalaman,melalui isu semasa dan cerita tentang makanan atau resepi2 rahsia pun boleh.

Tips apabila kehilangan idea?Senang sahaja ikut langkah dibawah,:

@Terdapat sebuah bulatan(hanya untuk window 7) di sebelah kiri bawah laptop anda?
@Tekan bulatan tersebut
@Kemudian apabila keluar kotak yang berukuran 7-8cm lebar(aku agak) ada satu segiempat yang tertulis "shutdown",
@Tekan butang tersebut dan secara automatiknya  komputer anda akan keluar black screen.
@Lepas itu,capai kunci kenderaan anda dan keluarlah berjalan-jalan,membeli belah atau bersukan,nascaya apabila anda balik anda sudah mempunyai idea untuk menulis.

Wednesday, April 28, 2010

Kalau Beli Burger Mana Yang Lebih Utama?

Terus kepada tajuk,kalau korang beli burger,apa yang membuatkan burger tu sedap?
@Daging burger
@Sos yang digunakan
@Si pembuat burger yang hansem or comel
@Pembalut burger yang cantik

Kalau korang tanya aku,First sekali yang paling utama adalah daging burger,of course keluaran RAMLY masih yang terbaik dan tebal walaupun tidak setebal dulu.Yang Ke-2 sos yang digunakan mestilah sedap.Kalau setakat campur air jer,baik tak payah.Ke-3 pulak si pembuat burger mestilah ramah dan baik.Kalau comel tu satu penarik..

Kenapa aku cerita pasal burger pulak malam2 ni?Sebenarnya cuba korang adaptasi ciri-ciri kat atas dalam dunia blog ni.Bagaimana untuk kita kekal lama dalam dunia blog ni?Sebabnya hampir sama dalam pemilihan burger.

1)Isi atau penulisan kena menarik-
Isi haruslah menarik.korang boleh menilai penulisan korang dengan berpandukan visitor yang masuk ke blog korang.Adakah masa korang review filem,pelawat makin meningkat?atau masa korang cerita kisah cinta korang visitor lebih banyak?Semuanya korang boleh lihat di Nuffnang.
2)Keywords
Kebanyakkan keywords yang digunakan adalah keywords2 yang berbaur lucah.Tapi jangan korang bantai entry lucah pulak.Sebenarnya ni cara yang kurang elok untuk dapatkan traffic tapi,tak salah sebab ini untuk mengumpan pengemar2 "nakal" untuk masuk ke blog korang.
Entry berkaitan isu semasa juga merupakan kelebihan untuk korang mendapatkan traffic.Contoh:Masa drama Nurkasih,keywords2 nurkasih mendapat tempat di hati visitor seperti Tiz Zaqyah,Adam,Ummi Nazeera dan nama2 pelakon lain.Kini giliran Adamaya dan keywords lisa surihani dan lain2 mendapat tempat.

3)Penulis blog
Banyak penulis2 blog yang berjaya bermula dari bawah dan korang harus menjadi blogger yang mesra dan baik hati.Masuk kontest2 yang dianjurkan blogger2 lain merupakan cara korang memperkenalkan diri dan merupakan cara terbaik untuk korang berjaya.Sekiranya korang berkeupayaan,korang boleh anjurkan kontest2 di blog korang.
Cara2 lain adalah join group,join gathering or mini gathering dan promote blog korang kat laman2 sosial yang lain seperti facebook,myspace,friendster dan sebagainya.Kalau korang bernasib baik,korang akan diterjah seperti blog aku yang pernah di terjah oleh Brother Eryqazz. Beliau antara blogger2 fames sekarang.So,rajin2 la berguru dengan dia.

Itu adalah kaitan burger dengan blog.

p/s:Persoalan:Sekiranya korang tinggalkan komen di mana2 blog,adakah korang memerlukan jawapan?Pada pendapat korang,perlu atau tidak pemilik blog membalas setiap komen pengunjung?

Sunday, March 14, 2010

Apa Itu Alexa Dan Nuffnang


Semalam masa aku blogwalking blogger eryn dan blogger afnie kerak nasik tanya kat aku tentang nuffnang dan alexa.Ok,if maklumat aku salah aku nak mintak maaf terlebih dahulu sebab aku pun masih baru.Aku pun masih belajar tentang dua2 benda nie,
First aku terangkan apa itu alexa?Alexa ni adalah web information company yang membolehkan anda mengetahui kedudukan web anda dalam rangking web di dunia dan di Malaysia(kalau anda orang Malaysia).Pendek kata,anda boleh check kedudukan blog anda no brapa.Sebagai contoh,blog aku di kedudukan 1juta lebih didunia.Ianya tak spesifik kepada blog semata-mata,tapi termasuk jugak laman web.
Kedudukan web no 1 di dunia adalah google.com.


Macam mana nak masuk laman web alexa dan lihat ranking blog sendiri?
1st-Pergi ker laman web alexa-www.alexa.com.Taipkan url blog anda dan tekan butang search.Pastu bila dh keluar macam gambar di atas,klik butang get details untuk tengok informasi tentang blog anda.


Apa lagi yang boleh dapat dari alexa?
2-Lepas tekan butang details,dia akan paparkan benda di atas ni,anak panah kat atas ni,menunjukkan traffic blog anda dalam masa 1 bulan dan 3 bulan yang lepas. dalam bentuk percentage.Nampak tak traffic aku?macam hampeh kan.



Lagi?
3-Dalam page yang sama,Arrow no 1 tu menunjukkan golongan2 orang yang melawat blog kita,contoh blog aku banyak dilawat oleh perempuan yang berumur 18-24 tahun,dah ada anak,graduate dan melawat blog aku dari rumah.Ini adalah kebanyakkan,bukan semua.So,baik korang check perut korang tu kot2 dah ada baby..hehe.


4-Arrow yang bernombor 2 tu pulak,menunjukkan masa yang diambil untuk load page kita.So dari situ kita tau page kita ni berat ataupun tidak.


Apa kaitan alexa dengan nuffnang?
Kaitan kedua2 benda ni adalah traffic yang masuk ker blog korang.Sekiranya rangking blog korang dalam dunia ni berkedudukan 700,000 kebawah di ranking alexa,sepatutnya korang dah ada buffered nuffnang.Apa itu buffered?Sila masuk ke tips buffered melromeo dan juga tips buffered cik aina.At least korang kena maintain traffic 300++ sehari.Tapi tak tentu jugak,sebab korang boleh dapatkan buffered ni kalau korang dah berblogging bertahun2.

Boleh tak klik iklan sendiri?
Boleh,kalau tak silap aku dalam sejam korang boleh klik sekali.Untuk header,bottom dan sidebar,ketiga2 iklan ni dikira lain.Untuk maklumat pengiraan,sila rujuk nuffnang click calculation melromeo.

Apa perbezaan unique dan view untuk nuffnang?
Dalam bahasa mudah,orang yang sama kalau masuk blog aku 5 kali dalam tempoh 1jam,korang akan dikira 5view dan 1 unique.Means kalau korang klik 5 kali pun,dia akan tetap kira 1.Penerangan yang lebih lengkap?Sila masuk ker penerangan perbezaan view dan unique melromeo. .

Apasal banyak sangat nama melromeo dan cik aina?
First sekali aku main blog,orang yang pertama aku ym adalah melromeo.Korang pun boleh bertanyakan apa2 soalan kat dia sebab dia memang seorang yang berpengetahuan dalam bidang blog.Begitu jugak dengan cik aina, dia ada pengetahuan yang banyak bagaimana nak dapatkan buffered.Aku?Aku takde buffered lagi sebab aku tak fames,traffic pun x cukup.


p/s:Kalau aku silap apa2 fakta,sila tegur.Sama2 belajar.Sebarang pertanya sila ajukan kepada black_mel atau terus kepada melromeo dan cik aina(link aku dah bagi).

p/s:Melromeo dengan Black_Mel orang yang berbeza.

Tuesday, February 2, 2010

Tips Curang dan Rahsia Lelaki

 

Sebelum aweks2 nak marah aku,korang pikir balik kebaikkan aku bagi tips ni.At least korang dah tau apa yang laki2 akan buat kalau dia curang.Ni rahsia lelaki.
Berbalik kepada tips curang ni,entry kali ni aku buat apabila member aku terkantoi dia dah curang.Macam mana boleh kantoi?Dia hantar mesej nama lain kat orang lain.Paham tak?Contoh:Awek dia nama Ain,tapi dia hantar hai Zira,Rindu awk..Hahahaha..Padan muka member aku ni.Meh sini aku bagi ko tips.

Tips 1:Guna nama panggilan sama.Contoh awek 1 ko panggil honey,awek 2,3,4 ko pun ko panggil honey.Bukan aper,kalau guna nama,takut ko tersilap panggil nama.So,senang sikit nak cover.

Tips 2:Selalu kalau ko curang,awek ko mesti syak.So dia akan test kau dengan suruh member2 dia menyamar atau dia sendiri yang menyamar.So untuk play save,jangan mengaku single dan jangan mengaku dah berpunya.Tapi nak lagi selamat,jangan layan no yang tak kenal tiba2 nak berkenalan dengan ko.

Tips 3:Kalau ko kaya,guna 2 nombor,1 nombor jangan save no kekasih gelap dan sebaliknya.Tapi kalau ko tak kaya,berbalik pada tips no 1.Letak nama honey_timah,honey_haniz ker,ape2 la.so,just mesej guna nama panggilan.

Tips 4:Ini kalau satu university.sila pastikan dia bukan housmate awek ko.Lain2 course belum tentu lain2 rumah.

Aku tak suruh korang untuk berlaku curang,Tapi kalau ko dah sangap sangat nak curang,Ini tips2 yang aku dapat hasil daripada hypothesis awalan yang aku dapat daripada kesilapan2 member2 aku.



Silap langkah,aper kesan2 yang akan jadi?

Kesan 1:Mula la korang kena pujuk sampai abis duit beli topup mesej dia beratus2 kali tapi dia tak balas.Itu kalau nasib baik.kalau nasib tak baik,dia tutup hp jer.

Kesan 2:Korang kena sembunyi dalam tandas universiti berjam2 sebab dikejar 2 orang awek korang yang rupa2nya housemate.

Kesan 3:Putus,,,,Tapi bunga bukan sekuntum.Cari yang sejambak bunga..dapat pakej..haha..



p/s:Kesan2 kat atas adalah hypothesis akhir yang terjadi kat kawan2 aku.

p/s:Ingat!!!!!..Lagi Sekali aku ingatkan!!!Aku tak galakkan korang untuk curang,

p/s:Sharing is Caring...Betul tak??

Friday, January 15, 2010

Kenangan dan Sejarah

  Diam tak diam,semalam tanggal 14hb Jan 2010,blog aku dah berusia 2 tahun.Itu kalau ikut tahun sebab aku start 2009.Kalau ikut bulan baru dua bulan.Hehe..,tak sampai pun setahun jagung aku dalam dunia berbloggan(ader tak perkataan nie?).Thanx pada sapa2 yang sudi membaca dan mengfollowingkan(betulker imbuhan nie?)blog aku nie.Jadi sepanjang 2 bulan aku berbloggingan(haiz,teruk btul bm aku) ada beberapa penemuan yang aku jumpa hasil pemerhatian aku.Ini adalah hasil penemuannyer yang dijumpain aku.








  1. Jangan tulis blog panjang2,kalau nak orang baca smpai abis.Tapi aku baca jugak kalau interesting.
  2. Rajin2 pegi blogwalking tempat orang.tp jgn jd silent hill.Tulis la sumting kat shoutbox org tu. Tapi paling baik,komen la.InsyaAllah diorang komen balik.
  3. Update la selalu.Kalau tak dapat tiap2 hari,seminggu 3 kali pun ok.Aku lak update sehari 3 kali(mcm makan ubat).1 kali,average la.
  4. Letak keywords untuk orang2 yang suka search ikut gugel,yahu cth mcm :rozita cik wan mengandung ker,aizat kawin lari,angelina jolie la ape2 la..just keywords..benda tu belum tentu btul.tapi yang aku bg contoh tu dah sah2 tak betul.
  5. Highlight benda yang menarik and yang korang nak sampaikan.
  6. Entry pasal bola girlz tak minat.Maybe girlz yang minat belum masuk blog aku lg.
  7. Nak review film,pilih yang btul2 box office and jangan lambat sangat.Kalau bole hari 1st tu korang dh tulis.
  8. Itu jer..ader 7 sahaja.Aku tak suka no ganjil,sbb tu ada no 8 nie.

So.banyak tips2 yang korang leh dapat dari blog2 taiko,korang pun kenal kan?dan penemuan aku ni dah ramai yang bgtau.Ini cuma hasil yang aku jumpa bila aku menulis blog aku ni.Tak salah kalau baca older post diorg pun.

Kenangan jugak,14hb semalam,genab sebulan datuk aku meninggal dunia.Sebenarnya aku tak ingat.Tapi bila aku buka balik post2 lama aku.Aku jumpa post tersebut yang aku nyatakan tarikh dan waktu.Itulah kebaikkan dunia berblogganan(lantak la imbuhan salah) ni.Blog merupakan diari maya.




p/s:Thanx lagi skali pada sapa2 yang termasuk,dimasukkan atau memasukki blog aku secara sukarela,dipaksa atau terpaksa.

p/s:Pada sapa2 yang follow blog aku,tqvm.Jasamu di kenang.

p/s:Aku dah tulis panjang sangat.Abisla,aku dah melanggarinya penemuan no 1 aku.